Sebuah eksperimen dengan bantuan pemelihara helang yang bertujuan mengelakkan burung daripada melanggar kapal terbang telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pihak pengurusan akan memperkenalkan cara berkenaan jika ia terbukti berkesan,
Dalam tahun fiskal 2013, lapangan terbang tersebut mencatat 115 insiden pelanggaran oleh burung araupun lebih dikenali sebagai 'bird strike' semasa kapal terbang berlepas atau mendarat. Angka ini adalah enam kali ganda berbanding satu dekad yang lepas. Sebelum ini pihak pengurusan pernah menggunakan tembakan senapang patah untuk menangani masalah ini tetapi hanya mendatangkan kesan minimum.
Pada 11 Ogos, pemelihara helang Machida Hidefumi dari Asahi, Wilayah Chiba menjalanjan eksperimen berkenaan dengan meletakkan helang di atas lengan kirinya dan meronda di tepi landasan kapal terbang.
"Semasa saya dan helang saya berada di lokasi eksperimen, saya tak nampak seekor pun burung berada di landasan kapal terbang. Saya rasa satu cara yang berkesan," kata Machida. Machida. Machida turut meronda di Landasan B yang berlaku banyak insiden pelanggaran oleh burung pada setiap pagi dan senja sehingga 17 Ogos. Menurut rekod Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, eksperimen sedemikian dilakukan buat pertama kalinya dalam 16 tahun.