Bagi peminat anime Naruto, anda boleh tengok sendiri macam mana pameran dan suasana yang sangat bermakna bagi negara Jepun!
Pameran ini hanya dikhaskan kepada Naruto. Yang mana ianya sebagai tanda 'bonus' terhadap pencapaian dan kejayaan bagi pencipta dan pemula bagi siri ini, iaitu Masashi Kishimoto!
Lelaki inilah yang telah mencipta banyak legasi dan beri impak yang besar terhadap muzium negaranya sendiri. Ini antara gambar yang anda boleh tengok sendiri betapa menariknya suasana di tempat itu.
Pada permulaannya, ia telah diadakan di Tokyo dan Osaku, Jepun. Ia untuk menyambut ulang tahun ke-15 bagi siri Naruto. Koleksi seni yang dipamerkan berjumlah 150 kesemuanya.
Selain hasil kerja 2D, ada juga babak yang dihasilkan dalam bentuk 3D.