1. Sarada memiliki personaliti hampir sama dengan Sakura. Tetapi watak dan gayanya lebih kepada Sasuke. Kemampuan hasil gabungan mereka berdua membuatkan Sarada berkemahiran tinggi.
2. Sarada lebih menggunakan senjata dan kepakarannya adalah shurikenjutsu, yang mana dia telah tunjukkan bahawa dia mampu melontar senjata dengan pantas.
3. Suara Sarada dalam bahasa Inggeris adalah oleh Laura Bailey, juga merupakan suara Kushina, Anko dan Chichi dalam Dragon Ball Z.
4. Latar suara Jepun pula oleh Kokoro Kikuchi.
5. Hobi Sarada adalah membaca tentang perkara misteri dan sejarah.
6. Seperti ayahnya, Sarada mampu menggunakan teknik unsur kilat dan Yin.
7. Sarada membangkitkan Sharingan pada usia 11 tahun. Dia mampu mengawal dan meningkatkannya dengan pantas serta mampu menghapuskan genjutsu.
8. Karin pernah menggigit Sasuke untuk mengubatinya, maka DNA Karin telah meresap masuk ke dalam Sasuke ketika itu. Sebab itulah Sarada kelihatan juga seperti Karin.
9. Dari Sakura, Sarada mampu mewarisi kelancaran dalam mengawal chakra.
10. Kelahiran Sarada disambut oleh Karin. Ini kerana Sakura dan Sasuke berada dalam misi. Tidak ada masa untuk pergi ke hospital menyebabkan dia dilahirkan di tempat Orochimaru. Selain tu, Sarada juga tidak ada rekod kelahiran di hospital.