Nama: Hashirama
Senju (千手柱間,
"Senju Hashirama")
Gelaran: Shodai
Hokage (初代火影,
"Hokage Pertama")
Asal: Konohagakure
Ahli Keluarga:
Senju Tobirama, Tsunade dan Nawaki
Kebolehan: Mokuton
(木遁,
"Gaya Lepas Sifat Kayu"), Mengawal Biju
Teknik: Kokuangyo
no Jutsu (Genjutsu: Kegelapan Infiniti),
Hokage-shiki Jijun Jutsu - Kakuan
Nitten Suishu ( "Teknik Penekanan Chakra")
Mokuton Hijutsu: Jukai Kōtan
(
"Teknik Rahsia Gaya Lepas Sifat Kayu: Penjanaan Semula Hutan")
Hashirama sebenarnya adalah ketua kepada Senju Ichizoku (千手一族,
"clan Senju") selepas kematian ayahnya, yang merupakan sebuah kuasa tentera upahan dan klan
ini juga merupakan salah satu di antara dua clan terkuat yang wujud ketika
berlakunya Perang Dunia Ninja Pertama; menjadi pesaing utama kepada Uchiha
Ichizoku (うちは一族,
"clan Uchiha") yang diketuai oleh Madara Uchiha.
Hashirama mempunyai karekter yang tenang, baik hati,
penyayang dan mempunyai rasa kesetiaan yang tinggi. Dia menganggap
penduduk di Konoha sebagai sebahagian daripada dirinya dan legasi dirinya
menjadi asas kepada keperibadian semua ninja Konoha. Dia juga digambarkan
sebagai seorang yang pintar dan berpandangan jauh, ini digambarkan dengan
usahanya untuk melatih Hiruzen. Dia adalah orang pertama yang percaya bahawa
semua ninja daun harus menunjukkan kesetiaan kepada satu sama lain dan kage
seharusnya bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk menjaga keamanan kampung
agar menjadi teladan kepada semua penduduk.
Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan
teknik doton (tanah) dan teknik suiton (air) bagi menghasilkan perubahan baru
yang dinamakan mokuton bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama
menukarkan chakranya kepada "sumber nyawa" dan membolehkannya
mencipta pokok yang mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar,
memanipulasikannya kepada pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur.
Ada yang mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta
landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut nyata
suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan cucunya;
Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai kebolehan
memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.
Hanya Yamato, satu-satunya bahan "eksperimen" yang
terselamat memiliki kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage
Pertama dalam satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan
bahawa penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan
dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat mampu
menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali.
Keupayaan Hokage
Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah keupayaannya mengawal kuasa
nyawa dan kuasa semulajadi di persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia
membolehkan Hokage Pertama mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa
semulajadi seperti biju dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju
tersebut.
Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa
biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada beberapa
kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Kebolehan dan
kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan oleh sebentuk rantai
yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi chakra, namun bagaimana ia
berfungsi tidak diketahui.
Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan
kemahiran menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang
mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
Trivia
Rantai Trivia yang
asalnya dipakai oleh Tsunade kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik
asal Hokage Pertama.Walaupun diketahui
Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan teknik mokuton, tetapi dia
lebih banyak dan suka menggunakan teknik taijutsu ketika bertarung dengan
Hokage Ketiga.
hanya senju nawaki dan tsunadea sahaja ahli keluarga hashirama dan adik beliau iaitu hokage kedua
( Sumber Catatan Wikipedia)
10 menit Berkaitan Hashirama senju