Kewujudan Kurama telah pun muncul dalam awal babak siri anime Naruto lagi. Dialah penyebab kepada Naruto digelar sebagai Jinchuuriki ataupun Manusia Korban.
Antara fakta menariknya ialah:
1. Kurama mati dan hidup dalam masa yang sama. Dia hidup sebagai Yang Kurama dalam badan Naruto tetapi mati sebagai Yin dalam badan Minato.
2. Dialah satu-satunya raksasa berekor yang boleh bertahan dengan Shinra Tensei Pain.
3. Dia sememangnya kuat sehingga dapat menolak semua kelima-lima raksasa berekor dengan separuh tenaganya.
4. Dia telah dicipta oleh Pendeta dengan teknik kemahiran Penciptaan. Dengan memecahkan sepuluh ekor raksasa.
5. Kurama satu-satunya yang mampu untuk menggunakan Susanoo bentuk Madara dan Sasuke sebagai perisai.
6. Dia boleh gabungkan chakranya dengan chakra pendeta untuk jadi lebih kuat.
7. Telah ada versi mecha (berbentuk robot) bagi Kurama seperti mana versi mecha bagi Naruto dalam episod filler.
8. Manusia korban pertama dia adalah Mito Uzumaki.
9. Kurama selalu sahaja dikurung dalam badan dari puak Uzumaki. Minto terkecuali, Mito, kemudian Kushina, dan yang terakhir sekarang Naruto.