Itachi Uchiha vs Six Paths of Pain - Siapa yang akan menang?
*Ini merupakan pendapat penulis semata-mata!! Jika anda mempunyai pendapat yang lain sila komen!!
Itachi adalah seorang ninja yang mempunyai bakat luar biasa, walaupun dalam puak Uchiha, dia sangat mahir dalam ketiga-tiga set kemahiran utama ninja (ninjutsu, taijutsu, genjutsu). Transformasi sifat Itachi termasuk Api, Air, Angin, Yin dan Yang Release.
Sebagai seorang Uchiha, Itachi sememangnya mempunyai chakra semulajadi yang kuat namun dia mempunyai tenaga simpanan yang sedikit serta penyakit terminal. Ini menyukarkan Itachi untuk bertempur dalam masa yang lama.
Itachi mempuyia Mangekyou Sharingan yang boleh menghasilkan Susanoo, Tsukuyomi, Izanagi, Izanami, Ameterasu dan beberapa kelebihan yang lain.
Six Paths of Pain adalah teknik Path Outer yang membolehkan pengguna Rinnegan untuk memanipulasi sehingga enam badan seolah-olah mereka sendiri. Nagato mencipta Six Paths of Pain selepas lumpuh semasa pertempuran dengan Hanzo.
Pain mempunyai jutsu seperti The Deva Path (Tendo) yang membolehkan seseorang memanipulasi daya tarikan dan tolakan yang menghasilkan Chibaku Tensei dan Shira Tensei.
Selain itu, Pain juga mempunyai jutsu The Ashura Path (pengguna anggota badan mekanikal, senjata dan perisai), The Human Path (keupayaan mencabut nyawa), The Animal Path, The Preta Path (sedut chakra) dan The Naraka Path.
Kesimpulan
Pertarungan ini akan berlaku dengan begitu sengit sekali. Jika Itachi dan Pain mengetahui kebolehan masing-masing, Itachi akan menang kerana Itachi merupakan seorang yang genius. Dia akan merancang strategi yang terbaik untuk mengalahkan Pain. Namun, jika pertarungan berlarutan pada tempoh masa yang lama Itachi akan tewas kerana staminanya yang sedikit.