Ini hanya spoiler dan andaian sahaja berdasarkan kepada pemahaman dari sini Naruto.
Seperti yang kita tahu, Kakashi telah pun mati ketika berlawan dengan Pain. Tetapi dihidupkan semula oleh Pain sendiri selepas itu.
Teori yang mengatakan bahawa Kakashi akan mati dalam siri Boruto kerana selepas itu kerana Kakashi merupakan seorang ninja yang berkebolehan, jadi terdapat ramai musuh yang akan mensasarkan kepadanya.
Malah, Kakashi yang menjadi Hokage sekejap sahaja selepas Naruto menggantikannya.
Malah, dia tidak memiliki kamui, dan tidak ada chakra seperti mana ketika adanya Sharingan.
Dengan membunuh Kakashi, semestinya seluruh penduduk kampung akan terkejut dan menjadikannya satu titik kejadian yang mendukacitakan.
Kemungkinan dalam Boruto watak yang sedia ada tidak akan sentiasa muncul. Kakashi sebagai bekas Hokage pasti menjadi sasaran musuh kerana maklumat dan juga mahu mencuri jutsu darinya.