Pada kali ini kita akan membincangkan mengenai peristiwa-peristiwa yang mengerikan yang pernah berlaku dalam Naruto. Jika kita lihat betulbetul peristiwa-peristiwa sebegini yang menjadikan Naruto lagi menarik.
Perang Dunia Shinobi Ke-3
Tidak banyak yang diketahui tentang peperangan ini. Namun ada beberapa perkara yang menjadikan perang ini diketahui ramai. Yang pertama tentang Jambatan Kannabi. Jambatan ini terletak di kampung Kusagakure yang digunakan oleh Shinobi dari Iwagakure untuk menyerang negara lain. Kumpulan Minato telah dihancurkan Jambatan ini dan beroleh kejayaan tetapi menyebabkan Obito "mati". Yang kedua pula, Hanzo VS Akatsuki. Pada asalnya, Akaktsuki adalah kumpulan yang tapi akibat Yahiko mati dengan Nagato telah dipenagruhi oleh Tobi. Hanzo telah dibunuh oleh Pain yang dikawal oleh Nagato.
Serangan Kyuubi ke atas Konoha
Kejadian ini berlaku ketika hari kelahiran Naruto. Kushina iaitu ibu Naruto merupakan seorang Jichiruki telah melahirkan Naruto dan disebabkan itu kunci Kyuubi menjadi lemah. Belum sempat Minato untuk mengunci semula, Tobi pula muncul dengan menculik Naruto sebagai tebusan selepas membunuh Biwako. Mahu tidak mahu, Minato perlu selamatkan Naruto walaupun belum sempat mengunci Kushina sepenuh dan kesempatan ini diambil oleh Tobi. Tobi telah mengawal Kyuubi untuk menyerang Konoha dan mengakibatkan kematian ramai orang. Minato dan Kushina juga mati pada hari kejadian untuk menyelamatkan Naruto dan Konoha daripada Kyuubi.
Serangan Orochimaru terhadap Konoha
Orochimaru telah melakukan serangan terhadap Konoha dengan bantuan kampung Suna dan Otakugure. Hiruzen Sarutobi yang merupakan Hokage pada ketika itu telah bertarung dengan Orochimaru untuk menghalang Orochimaru daripada bertindak lebih ganas. Ini memaksa Orochimaru menggunakan Edo Tensei untuk berlawan dengan gurunya itu dengan menghidupkan semula Hokage pertama dan kedua. Hiruzen pula terpaksa menggunakan jutsu Shiki Fuujin untuk mengunci Hashirama dan Tobirama. Ini yang menyebabkan kematian Hokage ketiga itu. Peristiwa ini sangat menyedihkan.
Serangan Pain
Pain telah menyerang Konoha untuk mendapatkan Kyuubi yang berada dalam badan Naruto. Banyak kerosakan telah berlaku semasa peristiwa ini berlaku dan menyebabkan banyak kematian sebelum Nagato menggunakan kebolehannya untuk menghidupkan semula orang yang telah dibunuhnya.
Pembunuhan Puak Uchiha
Itachi telah ditugaskan untuk menghapuskan semua ahli puak Uchiha bagi mengelakan mereka melakukan serangan terhadap Konoha. Dengan bantuan Obito, kesemua puak Uchiha telah dibunuh pada satu malam sahaja. Hanya Sasuke sahaja tidak dibunuh di atas permintaan Itachi sendiri kerana sangat menyayangi adiknya itu. Selepas kejadian ini, Itachi telah dianggap sebagai penjenayah yang berbahaya dan pembelot puak sendiri.
Perang Dunia Shinobi ke-4
Peristiwa ini memang mengerikan sekali. Perang ini diumumkan oleh Obito semasa perjumpaan 5 kage. Perang ini diumumkan kerana 5 kage tidak bersetuju untuk menyerahkan Kyuubi dan Hachibi untuk projek Tsuki No Me Keikaku. Kabuto pula telah telah menggunakan Edo Tensei dengan menghidupkan semula shinobi yang telah mati untuk berpihak kepada pihak mereka. Pada perang ini juga Kaguya telah dibangkitkan semula yang hampir menyebabkan dunia Shinobi hampir musnah. Mujur dengan bantuan Pendeta Enam Haluan, Naruto dan kumpulannya dapat menewaskan Kaguya dan menyelamatkan dunia Shinobi.