Dalam siri Naruto terdapat banyak watak yan memainkan peranan sebagai seorang yang jahat dan tidak disukai orang ramai. Tetapi adakah kita tahu sebab disebalik itu yang menjadikan mereka seorang yang jahat atau kisah lalu mereka. Oleh itu mari kita bincang tentang beberapa watak jahat mengapakah mereka menjadi Jahat.
1. Uchiha Madara
Madara pada awalnya adalah seorang yang baik dan berhati mulia. Dia mempunyai impian yang murni untuk mengakhiri perang dan membangunkan sebuah kampung yang aman bersama-sama dengan Hokage pertama iaitu Hashirama Senju. Dia mula menjadi jahat apabila adik-adiknya telah dibunuh oleh puak senju. Zetsu hitam juga punca yang menyebabkan Madara menjadi jahat kerana telah menggunakannya sebagai salah satu cara untuk menghidupkan kembali Kaguya.
2. Uchiha Sasuke
Dia merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan comel. Namun setelah kematian semua ahli puak Uchiha dan kedua ibu bapanya dia telah bertukar menjadi seorang yang misteri, pendiam dan jahat. Dia mempunyai dendam terhadap abangnya Itachi kerana Itachi merupakan orang yang bertanggungjawab melakukan kemusnahan terhadap puak Uchiha. Mujur dia telah kembali ke panggal jalan setelah mengetahui kisah sebenar Itachi dan bertarung bersama-sama Naruto menewaskan Kaguya.
3. Kabuto
Dia merupakan seorang anak yatim yang telah diselamatkan oleh rumah anak yatim Konoha. Dia memanggil penjaga rumah anak yatim itu sebagai ibu. Malangnya pada suatu ketika Kabuto telah membunuh ibunya itu secara tidak sengaja ketika mengikuti salah satu misi kampung. Sejak dari itu Orochimaru telah mengambil kesempatan dan Kabuto menjadi seorang yang jahat. Setelah terkena jutsu Inzamai Kabuto kembali ke pangkal jalan.
4. Uchiha Obito
Mempunyai kehidupan yang ceria pada waktu kecilnya sehinggalah dia terlibat dengan satu kemalangan semasa menyelamatkan Rin bersama-sama Kakashi. Semua orang ingat dia sudah mati ketika dihempap batu tersebut tetapi dia telah diselamatkan oleh Madara. Madara telah menjaganya sehingga sembuh. Suatu ketika Zetsu Putih telah memberitahu bahawa Kakashi dan Rin dalam bahaya. Ketika sampai ditempat kejadian dia terlihat Rin telah "dibunuh" oleh Kakashi. Ini merupakan titik perpindah watak Obito kepada watak jahat. Perkara ini semua adalah rencana Madara.
5. Akatsuki
Akatsuki pada mulanya merupakan organisasi yang mahu keamanan dengan memperjuangkan hak tanpa kekerasan. Mereka bertukar menjadi jahat apabila ketua mereka Yahiko telah mati akibat salah faham dengan Hanzo yang disebabkan oleh Danzo. Sejak dari itu, Nagato telah memimpin kumpulan ini dengan merekrut penjenayah shinobi dari serata dunia dan dipengaruhi oleh Madara dengan agenda jahat.
6. Orochimaru
Dia merupakan salah seorang shinobi yang berbakat dan kuat. Salah seorang lagenda sannin. Jiraiya mengatakan Orochimaru berubah menjadi jahat disebabkan oleh kematian ibu bapanya. Pada akhirnya Orochimaru telah berubah menjadi orang baik semula.
7. Itachi
Ramai yang ingat Itachi merupakan seorang yang jahat kerana telah membunuh semua ahli puaknya. Dia sangat dibenci oleh Sasuke. Namun setelah mengetahui kisah sebenar Itachi semua orang mengaguminya.