Anda semua mesti teringat ketika pertama kali menonton anime ini, semestinya watak ninja akan dapat membuat klon bayang dirinya sendiri. Dan anda fikir teknik ini merupakan teknik istimewa buat Naruto.
Teknik ini sebenarnya telah dicipta oleh Hokage Kedua. Tapi, apakah yang selalu buatkan Naruto yang sering gunakannya.
Apa yang boleh dikatakan hanya pendapat peribadi, mungkin Naruto selalu menghabiskan masanya bersendirian. Kedua ibubapanya telah meninggal sejak kecil lagi.
Lagi satu, mungkin ini merupakan
trademark bagi shinobi sejak dari dulu lagi, iaitu lebih kepada peniruan, penyamaran dan klon diri.
Tapi, ramai yang kata teknik ini memerlukan chakra yang banyak. Maka jarang dipakai oleh orang lain. Sudah tentu Naruto mampu melakukannya kerana dia memiliki raksasa Ekor Sembilan dalam badannya.
Sudah jelas bahawa ninja berkebolehan mampu untuk lakukan teknik ini juga. Dan apa yang penulis fikir, kebanyakan teknik lain yang diguna oleh Naruto disokong oleh bayang klonnya sendiri. Sebab itu lah dia selalu gunakan teknik ini.