Taijutsu adalah satu teknik yang semata-mata bergantung kepada tenaga fizikal dan mental pengguna.
10. Killer Bee
Sangat berbakat dalam Taijutsu semasa perlawanan menentang Kisame dan Kumpulan Taka.
9. Raikage Ketiga
Kelajuannya sangat digeruni dan kemahiran Taijutsu yang hebat memang tidak dapat disangkal lagi. Kelajuan dan Taijutsu jika bergabung memang sesuatu yang sangat hebat.
8. Kimimaro
Dia mampu untuk menghasilkan tulang lebih kuat daripada keluli keras, yang dapat memberikan pertahanan yang kukuh dan senjata yang sangat kuat dalam peperangan.
7. Shira
Mempunyai kebolehan Taijutsu seperti Rock Lee dan Guy tetapi versi yang lain. Sungguh kuat dan hebat.
6. Hinata Hyuga
Seorang puak Hyuga yang mempunyai kuasa yang sungguh luar biasa. Kerja keras + Byakugan + Tenaga Hebat = Taijutsu Luar Biasa.
5. Old Master Chen
Merupakan pengguna Taijutsu yang terbaik pada zamannya dan pada hakikatnya dia lebih berkemahiran dan serba boleh pada usia tuanya berbanding zaman mudanya.
4. Rock Lee
Anak murid Guy ini memiliki kekuatan yang serupa dengan Guy iaitu Inner Gates tapi dia tidak mampu untuk kesemua pintu tersebut. Usaha yang keras telah menyebabkan dia menjadi seorang yang digeruni.
3. Neji Hyuga
Genius dari puak Hyuga ini memang hebat dalam Taijutsu. Hasil gabungan Byakugan dan kemahiran Taijutsunya, dia memang bukan calan-calang shinobi.
2. Tsunade
Hokage kelima ini sememanya dikenali sebagai pengguna Taijutsu yang kuat. Dia dapat menghancurkan sebahagian tempat dengan hanya satu tumbukan sahaja.
1. Might Guy
Kekuatan Taijutsunya telah diakui oleh Madara semasa perang dunia Shinobi yang keempat sehingga Madara mengiktiraf Guy sebagai pengguna Taijutsu paling kuat. Kekuatan Inner Gates memang hebat sehingga boleh mengalahkan gabungan lima kage tetapi dapat digunakan dalam tempoh yang singkat serta risiko tinggi.