Pastinya Sahabat Anime Malay tahu mengenai kejadian Kurama menyerang Konoha dan memporak-porandakan satu desa, banyak korban nyawa dan banyak kejadian yang mempengaruhi masa depan sehingga Naruto boleh menjadi seperti ini.
Jika Kurama tidak menyerang Konoha sudah pasti Minato dan Kushina masih hidup. Inilah cerita yang diharapkan oleh pasangan Minato-Kushina adalah Kurama tidak pernah menyerang desa Konoha. Jika desa tidak diserang oleh Kuruma, Jinchuriki Kyuubi adalah Kushina dan kekuatan terbesar Naruto adalah berasal dari Kyuubi.
Pada Boruto dan Himawari (tentunya dalam Movie Boruto). Terlihat potensi mereka berdua sama seperti Naruto. Seperti Kushina memberikan keturunan terbaik bagi Naruto, dan gen Naruto juga mempengaruhi.
Tetapi untuk jumlah chakra, tidak sebanyak jika Naruto menjadi Jinchuuriki. Ditambah lagi Naruto tidak akan mempelajari jutsu ternamanya: Shadow Clone Jutsu yang diberikan oleh Mizuki sensei (yang juga tidak akan memerangkap Naruto jika Naruto bukan seorang Jinchuuriki).
Untuk Sage mode/Senjutsu milik Minato sendiri, pastinya Naruto akan mempelajari dengan mudah kerana Minato akan sentiasa mengajar anaknya menguasai jurus kuat tersebut. Atau bahkan mengajar anaknya sendiri teknik terbang dengan petir atau teleport dengan shuriken dengan cepat.
Dan pastinya, Rasengan milik Minato akan makin sempurna kerana Minato boleh memasuki pelbagai elemen dalam rasengan miliknya. Bahkan Naruto dengan mudahnya mempelajari jurus ini.
Ditambah lagi, Jika Kushina dan Minato masih hidup, tentunya Naruto tidak akan dipulau orang-orang kerana dia “monster” dan tidak mempunyai orang tua. Naruto tidak akan memiliki nilai-nilai teruk ataupun berkelakuan bodoh untuk mencari perhatian.
Kemungkinan besar juga, Naruto memperoleh posisi Hokage dengan mudahnya kerana berbakat dan yang pasti Tsunade masih tetap berjudi xD
Lalu? Bagaimana dengan pembantaian klan Uchiha? Mungkin Minato yang akan membereskan masalah ini.
Kesimpulannya, Kisah Naruto mungkin tidak akan sehebat sekarang :p
Atau mungkin judulnya boleh saja menjadi Minato.
Jadi, bagaimana dengan pendapat sahabat anime Malay semua?