Selain Naruto, karakter terkuat kedua ialah Sasuke. Sasuke sendiri memiliki kemampuan Doujutsu lebih hebat berbanding Itachi. Meskipun hanya sebelah, Sasuke dapat membangkitkan Rinnegan satu tahap lebih habat dari Mangekyo Sharingan (seperti yang Itachi lakukan).
Itachi kalah kepada Sasuke kerana dia sudah melihat kemampuan Sasuke yang kuat dan Itachi sengaja kalah untuk menebus “kesalahannya” terhadap Klan Uchiha.
Tapi, apakah korang tahu?? Sasuke masih kalah jika dibandingkan dengan Itachi !
Kekuatan Mata
Uchiha Sasuke memiliki satu rinnegan dan Itachi memiliki mangekyo sharingan. Sasuke 1 Mata!
Susanoo
Bentuk Susanoo milik Sasuke adalah bentuk sempurna dan Itachi hanya memiliki mode biasa. Tetapi Susanoo Itachi memegang dua senjata legenda, iaitu pedang Totsuka dan Cermin Yata.
Kita boleh menyimpulkan, meskipun mode sempurna tapi tidak memegang senjata legenda, tentunya Susanoo tidak sulit untuk dikalahkan. Itachi 1 Mata!
Genjutsu
Diketahui, saat Itachi membantai clan Uchiha, dia menggunakan Genjutsu nya untuk lari dari Sasuke. Sepanjang cerita dan sampai akhir hayatnya bahkan sampai di Edo Tensei, kemampuan Genjutsunya tidak boleh diragukan. Tsukuyomi milik Itachi merupakan jutsu terkuat dan dia juga banyak mempelajari Genjutsu terlarang seperti Izanagi dan Izanami. Itachi 1 Mata!
Penguasan Shuriken
Persamaan mereka berdua adalah kemampuan mereka untuk menggunakan Shuriken dan kunai. Meskipun Sasuke belajar dari Itachi, bukan bererti Itachi lebih hebat dibanding Sasuke. Keduanya sama-sama handal dalam penggunaan senjata lempar ini. Sasuke dan Itachi SERI!
Manipulasi Elemen
Uchiha Sasuke memiliki 7 kemampuan manipulasi elemen, iaitu: Petir, Api, Angin, Tanah, Air, Yin dan Yang.
Sedangkan Itachi memiliki 5 kemampuan iaitu: Api, Angin, Air, Yin dan Yang. Sasuke 1 Mata!
Kecerdasan
Uchiha Itachi merupakan Shinobi sangat genius. Pada awal pertemuan dengan Kakashi, Asuma dan yang lain. Itachi sempat memerangkap Kakashi dengan Tsukuyomi dan membuatnya tidak boleh sadarkan diri berminggu-minggu. Nilai akademinya satu dibawah Minato, sehingga dia boleh dikatakan Shinobi genius. Uchiha Sasuke tidak menyelesaikan akademi ninja nya, sehingga tidak diketahui perbandingan Nilai-nya. Yang jelas, Sasuke memegang nilai tertinggi di angkatannya.
Tetapi, jika dilihat dari sejarah dunia ninja, tersohor di klan, dan jumlah jutsu yang dikuasai serta strategi perang, Itachi jauh diatas Sasuke. Itachi 1 Mata!
Skor akhir:
Itachi 3 Mata!
Sasuke 2 Mata!
Kesimpulannya: Itachi mungkin lebih kuat dan pintar berbanding Sasuke, maka Itachi akan menang pertarungan dengan Sasuke jika dia menggunakan kekuatannya yang sebenar namun masing-masing dari kita memiliki sudut pandang yang berbeza kan ^^