1. Boruto membesar bersama keluarga, sedangkan Naruto membesar sendirian
Yang paling jelas perbezaannya adalah Boruto yang membesar bersama keluarga yang lengkap, dengan Naruto yang membesar seorang diri.
2. Naruto malas belajar, sedangkan Boruto sangat rajin
Naruto sangat malas belajar, dan dia lebih memilih untuk berbuat perangainya sendiri supaya berjaya menarik perhatian orang ramai. Hasilnya, dia tidak mampu lulus ujian Genin untuk menjadi seorang ninja kerana dia tidak dapat membuat bunshin yang begitu mudah.
Boruto sejak kecil mendapat latihan yang baik dan dia menguasai ninjutsu dan taijutsu dengan sempurna. Dia sudah mampu menggunakan jurus tajuu kage bunshin di usia muda, walaupun terbatas ke 4 klon sahaja.
3. Boruto kecil dikelilingi kawan, Naruto kecil kekurangan kawan
4. Dattebayo dan Dattebasa
Mungkin tidak penting, tapi ini boleh dianggap perbezaan juga antara mereka berdua. Dattebayo adalah frasa kata yang digunakan Naruto seumur hidupnya, frasa kata ini seperti ibunya Uzumaki Kushina yang menggunakan Dattebane. Sekarang, kelakuan tersebut turun ke Boruto yang bercakap dengan kata-kata Dattebasa.
5. Naruto membesar mencari perhatian semua orang, Boruto hanya inginkan perhatian ayahnya.