Setiap negara di dunia tidak akan lari dari dilanda masalah, seperti isu pentadbiran, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Malah nilai atau prestasi keamanan sesebuah negara melalui faktor dalaman dan luaran boleh diukur menerusi Laporan Global Peace Index (GPI) daripada Institute for Economics and Peace (IEP).
Kajian IEP dijalankan setiap tahun dan akan menamakan 20 negara yang dianggap paling aman di dunia.
Di sini kami senaraikan negara-negara yang disifatkan paling aman dan paling selamat di dunia. Mana tahu ada di antara negara-negara ini boleh anda lawati nanti tanpa perlu bimbang dengan keselamatan diri.
9 - Norway
Masih ingat kejadian pengeboman beramai-ramai pada tahun 2011? Bagaimanapun ia tidak menjadi penghalang kepada IEP menamakan Norway sebagai negara selamat untuk dikunjungi.
Scandinavia dicatatkan sebagai sebuah negara yang mempunyai pembangunan manusia yang pesat, maka tidak mustahil kerajaan Oslo begitu mengambil berat hal ehwal rakyat dan negara.
8 - Belgium
Belgium merupakan negara pusat utama European Union dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Dilaporkan kes pembunuhan dan jenayah di Belgium adalah amat rendah walaupun pernah ditimpa krisis kerajaan sekitar tahun 2008 hingga 2011.
Antara tarikan utama pelancong apabila ke Belgium adalah bandaraya zaman pertengahan, dewan bandar indah, istana megah, dan keindahan alam semula jadi.
7 - Jepun
Jepun merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia. Ramai akan mengingati Jepun sebagai sebuah negara yang memartabatkan budaya.
6 - Finland
Negara yang terletak di utara benua Eropah ini juga sentiasa memberi tumpuan kepada taraf prestasi negara, termasuk pendidikan, daya saing ekonomi, kebebasan awam, kualiti hidup, dan pembangunan manusia.
Finland berjaya menjadi sebuah negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.
5 - Switzerland
Negara ini boleh berbangga dengan rekod terendah dalam jenayah.
4 - New Zealand
Terkenal dengan budaya orang asli Maori, New Zealand juga terkenal dengan usaha pemulihan biodiversiti alam semulajadi yang tinggi.
Bukan itu sahaja New Zealand adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Negara-Negara Komanwel, ANZUS, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, Forum Kepulauan Pasifik dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.
3 - Austria
Negara ini berada di tangga ke-13 paling kaya di dunia.
2 - Denmark
Denmark dianggap paling selamat untuk diduduki memandangkan masyarakatnya tidak mencampuri sebarang masalah yang melibatkan kekerasan, keganasan dan kekacauan.
Rata-rata masyarakatnya suka bertumpu kepada isu ekonomi.
1 - Iceland
Iceland mengamalkan prinsip untuk menjauhkan diri dari sebarang konflik dunia.
Malah negara ini amat sukar dilanda kontroversi dan kerana itulah ramai pelancong gemar menjadikan ibu kotanya, Reykjavik sebagai destinasi tumpuan untuk bercuti.