|
Gambar hiasan
|
1MDB adalah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia.
Sebagai syarikat hibrid awam-swasta yang dinamik, 1MDB berada pada kedudukan paling strategik untuk menyokong wawasan Kerajaan untuk memastikan masa depan bekalan tenaga negara ini terjamin, cekap dan kompetitif.
1MDB telah membeli saham Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd), 75% pegangan dalam Genting Sanyen Power (kini dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant atau KLPP) dan 75% pegangan dalam Jimah Energy, sebuah penjana kuasa bebas berasaskan arang batu.
Pada Februari 2014, 1MDB telah dipilih sebagai pembida pilihan untuk Projek Track 3B oleh Suruhanjaya Tenaga. Projek tersebut akan melibatkan pembinaan dan operasi dua stesen janakuasa arang batu berkuasa 1000MW bersebelahan stesen janakuasa Jimah di Negeri Sembilan.
Pembangunan berterusan ini merupakan langkah strategik 1MDB ke arah menjamin kesinambungan bekalan kuasa negara.
1MDB secara rasmi melancarkan Tun Razak Exchange pada 30 Julai 2012 untuk lebih memperkukuhkan sektor kewangan dan kawasan Lembah Klang sebagai sumber utama pertumbuhan.
TRX akan menjadi kluster strategik himpunan bakat global, syarikat multinasional bertaraf dunia dan kemudahan gaya hidup saling melengkapi dalam satu lokasi dengan prasarana termoden serta standard kelestarian bertaraf dunia.
TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menggunakan status Malaysia sebagai nama unggul dalam perbankan Islam di dunia untuk terus membangunkan sektor berkenaan di Kuala Lumpur.
|
|
1MDB bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam melaksanakan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M).
Klinik berkenaan dilengkapi kemudahan untuk rawatan asas pesakit luar dan dijalankan oleh pasukan perubatan diketuai seorang doktor.
Dana Belia 1Malaysia merupakan dana bernilai RM20 juta disediakan oleh 1MDB untuk menawarkan peluang kepada golongan belia merealisasikan impian mereka, lantas makmur bersama sebagai satu bangsa.
Ia menyediakan platform untuk pembangunan dan penyatuan belia melalui projek seperti pembinaan rumah untuk masyarakat luar bandar, inisiatif kebudayaan bagi golongan muda, pemuliharaan alam sekitar dan kemahiran keusahawanan bagi golongan kurang bernasib baik.
Ketahui lebih lanjut mengenai 1MDB di
1MDB