ELIZA lebih suka menghabiskan masa bermain dengan kucing peliharaan.
Kota Bharu: “Saya kasihan melihat ia sering dibiarkan lapar, malah disepak orang ramai yang rimas dengan kehadiran haiwan terbabit.
“Kucing juga mahukan perhatian seperti manusia. Kita yang berakal ini perlu prihatin dengan nasib mereka,” kata Eliza Mohd Elias, 36, yang membela 28 kucing jalanan dijumpainya di pasar dan tepi jalan.
Eliza yang bekerja sebagai penyelia di premis perniagaan makanan segera di Pengkalan Chepa membela semua kucing itu kebanyakannya berpenyakit kudis dan ulser sejak dua tahun lalu.
Katanya, semua kucing terbabit dibawa pulang ke rumahnya di Taman Uda Murni, di sini, dan dijaga rapi sehingga pulih serta sihat.
“Saya tertarik membela kucing selepas menemui Emelda, kucing betina yang merayau di tempat kerja saya.