Mangsa gempa bumi di Nepal amat memerlukan ubatan-ubatan dan tempat tinggal berbanding dengan makanan dan keperluan lain.
KUALA LUMPUR: Warga Nepal yang menjadi mangsa gempa bumi amat memerlukan ubatan-ubatan dan tempat tinggal berbanding dengan makanan dan keperluan lain.Agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk menyalurkan bantuan dari aspek ini kepada mangsa-mangsa gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Nepal bulan lalu."Sebenarnya makanan bukan masalah utama di sini dan bukan bantuan utama yang mereka perlukan. Bantuan utama yang diperlukan ialah tempat tinggal dan perubatan."Tempat tinggal mereka musnah, jadi mereka perlu ke rumah ahli keluarga mereka yang berada di Kathmandu. Bangunan dan infrastruktur seperti telekomunikasi di sini pun semuanya musnah dan runtuh," kata wartawanAstro AWANIMariah Ahmad yang berada di Nepal bersama Global Expedition Club dalam satu misi bantuan.