Straw Hat Pirates dan kaptennya, Monkey D. Luffy , meneruskan pengembaraan untuk menjadi King of the Pirates (Raja Lanun), dan mencari harta karun misteru yang dikenali sebagai One Piece. Manga/Anime ini telah menimbulkan "ribut" di seluruh dunia sejak 18 tahun lalu dan menjadi antara manga dengan jualan terbaik sepanjang zaman!
Malah menurut penulisnya iaitu Oda sensei (Eichiro Oda) , dia masih mampu untuk hasilkan jalan cerita One Piece untuk 10 tahun lagi!
One Piece terkenal dengan pertempuran sengit melampaui batas pengguna kuasa Devil Fruit, tetapi apa yang membuatkan peminant ternanti nanti untuk episod seterusnya adalah satu perkara: hati. Lebih kuat daripada mana-mana tumbukan atau peluru dari senapang Marin, "hati" akan sentiasa menjadi ikatan antara rakan rakan dan kesetiaan seorang anak kapal yang dilihat jauh lebih baik seperti sebuah keluarga.
Inilah antara detik detik One Piece dimana ia mengalirkan air mata lebih banyak daripada kita mahu akui kepada rakan rakan!
1 ROBIN KATA, "SAYA MAHU HIDUP" (Episod 278#-Kata Awak Mahu Hidup! Kami Adalah Teman Awak!)
Selepas mengimbas semula masa sila semasa kanak kanak yang menyayat hati serta penuh tragis, Robin berhadapan dengan keputusan sukar. Adakah dia akan menyerah pada hidup dan menyuruh rakan rakannya untuk ucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? Atau dia akan menyeru keberanian yang diperlukan untuk berjuang demi hidupnya?
2."MAJLIS PENGEBUMIAN" GOING MERRY (Episod 312)
Anak kapal Straw mengucapkan selamt tinggal dengan linangan air mata tanpa henti! Selamat tinggal kepada kapal kecil yang penuh keberanian yang menemani mereka menempuh pengembaraan penuh cabaran selama ini. Tenang di sana, Merry!!
3. NAMI MINTA BANTUAN LUFFY ( Episod 37)
Marah dengan layanan Arlong terhadap temannya, Luffy bertekad untuk ambil tindakan! Apabila dia melihat Nami menangis teresak esak di tengah jalan , Kapten Straw Hat dengan segera menunjukkan gerakan yang ringkas kepada Nami supaya dia tahu bahawa dia tidak akan keseorangan lagi. Bersedialah , Arlong!
4. KEMATIAN ACE ( Episod 483)
Medan pertempuran bertukar menjadi sunyi sebaik saja Luffy dan Ace berkongsi saat saat akhir bersama. Sebelum menemui ajalnya, Ace merayu pada adiknya untuk menyampaikan pesanan terakhir kepada teman teman lanunnya. Tiada siapa mampu melupakan adegan ini dari anime One Piece, bagaiman seorang adik meratap kesedihan di atas kematian abang kesayangannya...
5. LUFFY VS USOPP (Episd 236)
Pertarungan antara Luffy dan Usopp yang penuh keganasan dan mengecewakan antara dua lelaki yang pernah dianggap bersaudara! Mampukah seorang kapten menemui kekuatannya tanpa penembak tepat mereka? Namun, pertarungan ini dilihat semakin mengeratkan hubungan mereka selepas itu dan Usopp semakin berani untuk bertarung dengan musuh walau sekuat mana pun!
6. ANAK KAPAL STRAW HATS TERPISAH ( Episod 405)
Seorang demi seorang, Bartholomew Kuma telah "melenyapkan" anak anak kapal Straw Hats sehingga Luffy yang tinggal. Ke mana semua anak kapalnya pergi? Dan adakah dia akan bertemu mereka semula?
7. BROOK NYANYIKAN BINK'S BOOZE (Episod 380)
Brook sedang mengingati saat-saat yang penuh derita ketika kehilangan kapten kesayangannya, penamat yang tragik kepada anak kapal lanun muzikal, dan hari-hari kesepian sebagai rangka yang hanyut dalam bayang-bayang.