Polis dari bandar Misaki, Wilayah Okayama telah menahan seorang lelaki kerana menjual wang kertas yang mencetak pelbagai wajah watak dari siri manga One Piece. Tomoaki Tanahashi yang berusia 45 tahun, didakwa kerana melanggar undang-undang hak cipta.
Tanahashi didakwa menjual wang kertas One Piece ini di laman web lelongan secara talian. Wang kertas ini telah terjual sekurang-kurangnya empat kali di antara bulan Mac dan pertengahan bulan Ogos yang bernilai 1500 Yen (RM 44) setiap keping.
Menurut polis, mereka menemui 448 keping wang kertas, termasuk wang kertas yang dilekatkan dengan watak-watak filem Frozen terbitan Disney di rumah suspek.