Laman Twitter dipenuhi siri jenaka para netizen yang mempermainkan kenyataan Ahmad Maslan mengenai isu 'Pilihan Raya Utama tidak diadakan esok'
KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Julai lalu pernah menyuarakan pendapatnya, menyatakan Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan 'esok' (dalam masa terdekat).
Bersangkutan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan semalam seakan menyangkal pernyataan berkenaan dengan mengatakan PRU hanya berkemungkinan akan diadakan pada 2018.
"Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya,” ujarnya.
Sehubungan itu, laman Twitter dibanjiri dengan reaksi netizen yang kurang senang dengan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai acuh tidak acuh.
Menerusi hashtag #TweetGayaAhmadMaslan, pengguna Twitter memuat naik pelbagai Tweet yang dilihat memperolok pernyataan Ahmad sejak semalam.
Pesanan orang dahulu kala lazimnya menggunakan perumpamaan 'esok' sebagai gambaran kemudian hari yang bakal menyusul.Sejak implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, Ahmad yang pada ketika itu Timbalan Menteri Kewangan sering kali menjadi tumpuan ekoran status Twitter dan kenyataannyakurang diterima oleh para netizen dan golongan media.