Jepun selama ini terkenal dengan obsesinya terhadap teknologi robotik dan mungkin juga menjadi negara yang paling bertanggungjawab dalam memperkenalkan rasa cinta pada robot dengan tayangan filem animasi bertemakan mecha sejak tahun 1970-an.
Sempena sambutan ulangtahun ke-40 siri Mobile Suit Gundam menjelang tahun 2019, Gundam Global Challenge merancang mahu membangunkan Gundam berskala sebenar yang boleh berjalan!
Menurut wartawan ekonomi, Gundam mungkin akan diletakkan berhampiran Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, mencapai ketinggian sehingga 18 meter (60 kaki) dan bakal menunjukkan kepada dunia tentang kehebatan Jepun dalam bidang teknologi.
Rancangan ini mendapat sokongan Shinzo Abe yang berharap pembinaan Gundam ini bakal memulihkan kembali popularitinya. "Kerajaan pimpinan bertekad untuk menjayakannya", menurut wartawan ini lagi.
Rancangan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi menerusi akhbar, rancangan TV dan forum sesawang. Pada bulan lalu, rancangan temu bual bicara 5-ji ni Muchu! turut membincangkan tentang rancangan ini. Pengacara TV Matsuko Deluxe ragu-ragu bahawa Abe berada di sebalik rancangan ini dan mendakwa: "tiada sesiapa" bersetuju dengannya. Dia kecewa dengan nila 80 bilion yen (RM 2787) dan berkata, "Kalau nilainya 80 bilion yen, buatlah sesuatu yang lebih bermakna". Pengacara program ini iaitu Ryo Fukawa bersetuju dan mendakwa kalau Gundam berjalan begitu mengagumkan, ia pasti melibatkan kos yang tinggi.
Dia juga mendakwa berjalan sahaja tidak mencukupi dan menyatakan, "Kenapa kita tidak dirikan Mobile Suit? Nanti kita boleh ke angkasa lepas dan menentang tentera Zeon!"