Seperti yang kita semua tahu yang Doraemon merupakan anime yang paling digemari oleh kanak-kanak di dunia ini. Karya Fujiko F. Fujio yang mengisahkan Nobita dan juga Doraemon serta kawan-kawannya mampu menarik ramai penonton setia melayaninya.
Dalam “JUNK Bakushou Mondai Cowboy” yang ditayangkan pada 1 Mac lepas di Jepun, mereka membicarakan tentang kenapa rancangan Doraemon dilarang ditayangkan di negara Perancis. Memang kita sedari bahawa kalau anime Shin Chan dilarang kerana mempunyai unsur lucah yang kurang enak untuk ditonton kanak-kanak. Tapi, Doraemon kali ini agak berbeza.
Hitonari Tsuji, seorang penulis, komposer dan pengarah filem Jepun berpindah ke Perancis pada tahun 2003, beliau berkata "Doraemon dilarang ditayangkan di Perancis. Menurut jabatan pendidikan, jika anak-anak menonton Doraemon, mereka tidak akan dapat menjadi matang".
Selain itu, masalah seperti "Jika anak-anak mempunyai masalah, mereka pasti akan minta pertolongan Doraemon, dan sekali gus dapat bantuan", keadaan ini menunjukkan bahawa mereka suka mengharapkan orang lain semata-mata.
sumber : JurnalOtaku