Tak siapa yang tidak kenal Naruto. Merupakan anime dan manga terkenal di dunia dalam sejarah siri anime di Jepun.
Tapi tahukah anda sebenarnya dari apakah asalnya cerita Naruto ini? Ianya dari Manga Ramen.
Penulis komik atau mangaka Naruto iaitu Masashi Kishimoto pernah mendedahkannya kepada umum semasa temu bualnya dalam siaran TV, dia pada mulanya merancang untuk jadikan Naruto sebagai 'suatu tentang Ramen' dan itu 'ditujukan kepada budak sekolah menengah'.
"Saya pada mulanya berfikir untuk menulis kisah tentang ramen tapi ia tak boleh diterima".
"Tema untuk dianggap diterima atau diiktiraf memerlukan kerja keras saya...".
"Jadi saya fikir ia mesti tentang Jepun dan juga ninja di dalam kisahnya".
Selain itu, inspirasi Kishimoto tentang Naruto adalah juga dari zaman kecilnya yang mana dia suka makan ramen.
Dia pada mula mahu melukis tentang ramen sahaja tetapi tidak diterima dan akhirnya mahu tukarkan kepada tema seorang budak sekolah, dan pada peringkat akhir berjaya menghasilkan karya dunia ninja, maka terhasillah Naruto!
Sebenarnya Kishimoto tidak lah lari daripada rancangan asalnya yang mana ia telah menjadi sebahagian daripada anime Naruto sekarang yang mana telah berlansung selama 15 tahun!