Kita sedang selangkah dalam dunia virtual reality atau lebih kepada alam maya yang sebenar, dengan adanya VRMMO iaitu ringkasa kepada
Virtual Reality Massive Multiplayer Online. RPG
Sword Art Online: The Beginning yang akan tercipta dengan kerjasama IBM. Mereka sekarang masih lagi dalam percubaan dan dalam proses mencari sukarelawan yang ingin mencubanya.
Dengan beberapa gambar yang disiarkan ini, ia menunjukkan pemain dapat berkomunikasi dan berinteraksi dalam banyak perkara yang terdapat dalam paparan permainan tersebut. Sudah tentulah untuk berlawan dengan musuh dan juga bertarung sehingga ke tahap akhir.
Untuk menjadikan permainan lebih kepada realiti, sudah tentu anda perlu menggerakkan tubuh anda supaya karakter permainan itu bergerak sama dengan apa yang anda lakukan.