5 Negara Shinobi yang disusun berdasarkan kuasa yang dimiliki.
Di dalam Naruto, terdapat 5 Negara Shinobi yang Terkuat. 5 Negara ini mendominasi tanah yang lain. Tetapi, untuk menjadi negara yang kuat, ia memerlukan kekuatan senjata dan kewangan yang kukuh. Jadi, admin telah susun mengikut pendapat admin sahaja mengenai ranking negara ini berdasarkan kekuatan senjata dan kewangan.
5. Sunagakure
Kita mulakan pada Sunagakure. Suna dikenali sebagai kampung yang tersembunyi di Pasir. Ia berdekatan dengan Kampung Angin. Ketua bagi Sunagakure ialah dikenali dengan Kazekage. Sunagakure dikelilingi oleh pasir dan batu batuan yang besar, yang menyukarkan musuh memasuki kampung ini. Tetapi, disebabkan sebab yang tertentu, Suna menjadi ekonomi yang pada tahap pertengahan. Sunagakure juga pernah memiliki raksasa berekor 1 tetapi ianya telah dicabut oleh pihak Akatsuki.
4. Kirigakure
Seterusnya pula ialah Kirigakure. Juga dikenali sebagai Kampung Tersembunyi Kabus. Ketua bagi kampung Kirigakure ini digelar Mizukage.
Kirigakure mempunyai 2 raksasa berekor iaitu raksasa berekor 3 dan 6. Kampung ini juga terkenal dengan kumpulan 7 Pemedang handalan. Tambahan, Kirigakure juga mempunyai sistem tentera yang hebat tetapi ekonomi nya agak teruk. Terdapat sistem kasta didalam kampung ini. Termasuk pemerintahan yagura membawa banyak masalah. Hasil latihan ngeri, Kirigakure menjadi satu kampung dipanggil Kabus Berdarah.
3. Konohagakure
Konohagakure dikenali dengan Kampung DeDaun yang Tersembunyi. Ianya berdekatan dengan Tanah Api. Konoha ditubuhkan oleh Hashirama Senju dan Uchiha Madara. Ketua bagi Konoha dikenali dengan gelaran Hokage.
Sudah bertahun tahun, Konoha telah berlaku dengan pelbagai peperangan. Konoha banyak memenangi peperangan ini. Tetapi, telah merosakkan pelbagai perkara. Kampung ini juga terlibat dalam percubaan rampasan kuasa oleh Orochimaru, Sunagakure dan Pein. Tetapi, kampung ini telah dibina balik setelah berlaku kehancuran seperti amna sediakala.
2. Iwagakure
Iwagakure terletak di Tanah Bumi. Dikenali dengan Kampung Tersembunyi bagi Batu. Ketua bagi Iwagakure ialah Tsuchikage.
Iwagakure mempunyai tempat yang strategik kerana kampunya dikelilingi oleh batu-batu sebagai tempat persembunyian. Kampung ini telah berlaku pelbagai peperangan dan pihak mereka berjaya menangani dengan baik disebabkan kekuatan tentera yang dimiliki. Iwa juga mempunyai raksasa berekor 4 dan 5. Walapun mempunyai kekuatan tentera, namun ekonomi agak merudum.
1. Kumogakure
Negara terkuat didalam siri Naruto setakat ini ialah Kumogakure. Ianya dikenali dengan Kampung Tersembunyi bagi Awan. Kumo berada di Tanah Kilat. Kumo juga ditubuhkan oleh Raikage Pertama ketika itu.
Kumogakure dikenali dengan kekuatan tentera yang luarbiasa. Sebelum kedatangan Akatsuki, Kumo mempunyai raksasa berekor 2 dan juga raksasa yang dianggap sempurna. Selain itu, ia mempunyai Jinchuuriki dengan 8 ekor yang sempurna iaitu Bee. Kedua-dua mereka menciptakan kampung sebuah kampung yang hebat. Kumo juga dikenali dengan menghasilkan teknologi tercanggih setakat ini. Mereka juga mencipta teknologi untuk mengawal raksasa berekor. Kumo juga mempunyai barangan suci milik Sage Sixth Path tetapi dicuri oleh Kinkaku dan Ginkaku.
Itu sahaja dari admin, menurut anda kampung mana yang paling kuat ?