Chakra Kurama
Mula dari Chakra, Boruto tidak mewarisi Kurama dari ayahnya. Satu-satunya cara Boruto boleh mendapatkan chakra Kurama hanyalah menjadi Jichuriki Kurama.
Tapi ini hanya akan terjadi apabila Naruto mati. Jadi kemungkinannya Boruto mendapatkan chakra Kurama itu sangat kecil.
Six path Chakra
Selanjutnya six path chakra atau enam jalan chakra. Chakra ini adalah chakra istimewa milik Naruto yang diberikan Hagoromo. Dalam hal ini Boruto memiliki peluang mewarisi chakra six path Naruto. Kerana secara logiknya, chakra ayah pasti akan menurun ke anaknya.
Tapi masih belum jelas juga apakah chakra six path boleh menurun ke orang lain.
Tapi, jika kita pertimbangkan, penurunan chakra six path mungkin boleh terjadi. Kedua anak Hagoromo mendapatkan kekuatan Sage yang berbeza. Indra menerima kekuatan mata. Sementara Indra mendapatkan kekuatan tubuh yang menakjubkan.
Jadi, bukan tidak mungkin hal itu akan terjadi juga pada Boruto.
Kekuatan Mata
Sekarang, mari kita masuk ke Dojutsu yang dimiliki Boruto. Entah kebetulan atau memang telah dirancang oleh Masashi, Naruto ini sangat sepadan berkahwin dengan Hinata.
Kenapa? Kerana Hinata merupakan keturunan Hamura sementara Naruto memiliki chakra Hagoromo.
Jika digabungkan Boruto memiliki chakra setanding Kaguya. Tapi itu seakan masih lagi lambat untuk dicapai.
Selanjutnya kita bercakap tentang hal yang dimiliki Boruto dan tidak dimiliki Naruto iaitu Dojutsu.
Boruto lebih baik dalam Dojutsu dibandingkan Naruto yang tidak memilikinya sama sekali. Bahkan Boruto memiliki potensi untuk membangkitkannya hingga ke Tenseigan kerana chakra Hamura. Tapi ini hanyalah kemungkinan semata-mata.
Kesimpulannya untuk potensi kekuatannya saat ini, sepertinya tidak mungkin ia boleh mengalahkan kekuatan Naruto. Hanya bermodalkan Tenseigan saja tidak cukup kuat untuk mengalahkan si pahlawan Konoha. Ingat bagaimana Toneri dengan mode Tenseigan kalah dengan hanya satu pukulan.
Tapi jika dia mewarisi Kurama dan Six path sudah pasti Boruto akan mampu menandingi kekuatan Naruto. Kerana Boruto boleh dikatakan agak kuat sejak lahir. Ia adalah ninja yang bijak. Sangat berbeza dengan ayahnya.