.
Semalam, MD melaporkan Sharnaaz berkata dia tidak redha kalah kepada Shah Iskandar dalam Anugerah Bintang Popular (ABP2014) dan lebih rela jika tewas di tangan Amar Baharin. Dia juga berharap agar peminat yang mengundi artis masing-masing agar membuat pemilihan berdasarkan bakat mereka.
Mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz itu, Shah Iskadar berkata pelakon itu berhak untuk bercakap sedemikian kerana dia merupakan seorang yang mempunyai nama yang kuat dalam industri seni.
"Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa.
"Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut,” kata pelakon drama Jika Itu Takdirku ini seperti yang dilaporkan portal mStar online.
Pada majlis yang berlangsung di Arena of Star Genting Highlands pada Ahad lalu, pelakon berasal dari Singapura ini berjaya mengekalkan gelaran yang dimenanginya tahun lalu iaitu sebagai Pelakon Lelaki TV Popular.
Shah Iskandar sekali gus menewaskan Aaron Aziz, Amar Baharin, Adi Putra dan Sharnaaz Ahmad yang turut bersaing dalam kategori tersebut.