Patung Doraemon, Perman dan karakter lain yang dihasilkan oleh tokoh lagenda manga Fujiko F. Fujio akan menyambut para pengunjung ketika Stadium Todoroki Athletics yang telah diubahsuai akan dibuka semula di bandar Nakahara, Kawasaki, Jepun.
Stadium di daerah Todoroki dan Muzium Fujiko F. Fujio yang terletak di Tama, Kawasaki bekerjasama menyambut pengubahsuaian gelanggang olahraga tersebut yang merupakan tuan rumah kelab bola sepak Divisyen Sat, J-League, Kawasaki Frontale. Projek patung-patung yang diperbuat dari gangsa ini akan disusun untuk mempromosikan bandar tersebut.
Setiap patung yang masing-masing mempunyai setinggi sekitar 10 cm telah dirasmikan dalam sebuah upacara pada 13 Mac lepas. Selain kucing robot dan watak adiwira , patung patung dari siri Chimpui, Mongar, Gonsuke, Pokonyan (Rocky Rackat) dan pelbagai karakter terkenal lainnya akan didirikan di lapan buah tempat, termasuk di persimpangan jalan dari pintu utama , pintu gerbang dan kawasan berdekatan stadium.