Facebook rasmi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah digodam oleh satu kumpulan yang menggunakan nama AnonGhost.
Setelah mengambil alih Facebook tersebut, kumpulan tersebut telah menukar gambar profil dan juga gambar dp laman facebook itu.Gambar-gambar yang ditukar difahamkan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan ISIS.
Selain itu satu posting yang bertajuk Viva Islamic State telah dimuatnaik oleh penggodam yang memaparkan gambar satu kumpulan bersenjata menyerupai kumpulan militan ISIS.
Setakat ini masih tiada pengumuman rasmi dari pihak PDRM mengenai perkara tersebut.[KEMASKINI]Pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Twitter mengenai kejadian dan berkata sebarang maklumat yang dikeluarkan oleh akaun berkenaan tidak benar.
Dalam update terbaru, kumpulan AnonGhost di dalam posting di Facebook PDRM berkata akan menggodam akaun PM Najib Razak pula.