Carta daripada Wall Street Journal yang memperincikan perjalanan wang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan mengenai AS$700 juta dana didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini memuatnaik dokumen online yang memperincikan perjalanan wang itu.
Dokumen-dokumen itu termasuk borang permohonan kiriman wang, surat kebenaran deposit tunai dan carta yang menggariskan aliran wang tersebut.
Beberapa angka bagaimanapun dihitamkan dalam dokumen itu.
Antara dokumen itu, yang menurut WSJ diperoleh "daripada siasatan kerajaan Malaysia", ialah tiga borang permohonan kiriman wang oleh Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 26 Disember 2014, RM27 juta dan RM5 juta dipindahkan kepada seorang penerima yang disenaraikan sebagai AmPrivate Banking – 1MY, manakala RM10 juta dikirimkan pada 10 Februari 2015.
Dalam borang itu, butiran pembayaran disenaraikan sebagai pemindahan dana untuk "program CSR" (tanggungjawab sosial korporat).
Akaun Ihsan Perdana ialah dengan Affin Bank.
Terdapat juga urus niaga luar negara sebanyak AS$619,999,988 dan AS$60,999,988 daripada Tanore Finance Corp melalui Falcon Private Bank, pada 21 Mac 2013 dan 25 Mac 2013, yang disokong dokumen pemindahan kredit MT103 yang dikeluarkan komputer.
**Dokumen ini di publickan oleh WSJ untuk orang ramai. Sesiapa yg mahu melihat sendiri dokumen terbabit boleh ikuti link di bawah: