Siapa yang tidak kenal Doraemon ini. Hasil karya Fujiko F Fujio ini sangat mempengaruhi dunia sejak dulu hinggalah sekarang. Dari generasi ke generasi, anime atau manga ini sangat digemari oleh kanak-kanak dan juga dewasa tanpa mengira darjat umur.
Dan disini, terdapat beberapa fakta yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama tentang Robot Kucing Biru ini.
1. Apakah makna Doraemon?
Nama Doraemon sebenarnya terdiri daripada dua patah perkataan, iaitu Dora dan Emon. Dora ialah sebutan yang hampir sama dengan "Nora" yang berasal dari "Nora-Neko" iaitu kucing liar. Dan Emon pula berasal daripada kata tambahan bagi nama untuk membezakan jantina manusia atau binatang.
Jadi, boleh disebut di sini bahawa nama Doraemon dapat dimaksudkan dengan Kucing Liar Jantan.
Dora juga boleh membawa maksud "gong" dan inilah dora yang digunapakai untuk nama bagi kuih dorayaki. Walaupun nama Dora dari dorayaki ini bukannya yang dimaksudkan di sini, tapi dapati bahawa badan Doraemon juga seperti bong yang bulat.
2. Apakah kod bagi rekaan Doraemon?
Sudah tentu robot memiliki kod, dan kod Doraemon ialah
MS-903. Ini ialah nama sebenar bagi Doraemon sebagai robot dan nama ini pernah disebut pada episod ulang tahun Doraemon 2007.
3. Bila Doraemon lahir?
Pada 3 September 2112 telah siap direkaciptakan.
4. Apakah nombor sesuai bagi Doraemon?
Ianya ialah 129.3. Doraemon memiliki berat 1293g, tinggi 129.3cm , mampu berlari 129.3km/jam, mampu melompat setinggi 129.3cm. Kekuatan maksimunnya ialah 129.3 bhp. Lingkar pergelangan tangannya ialah 129.3mm dan kepalanya bersaiz 129.3mm. Kaki Doraemon berdiameter 129.3mm.
5. Siapakah awek Doraemon?
Noramyako (disebelah doraemon). Tapi Noramyako tidak suka pada Doraemon kerana dia pendek dan kehilangan telinganya.
6. Apa warna asal Doraemon?
Warna cat asli Doraemon adalah kuning.. Setelah mengetahui telinga digigit tikus, Doraemon menangis tanpa henti, menyebabkan warna kuningnya hilang dan luntur, juga suaranya berubah.
7. Adakah Doraemon bersekolah?
Ya sudah tentu, ada episod dimana disebut " Robot School" dalam cerita Doraemon.
8. Siapakah nama cikgu Nobita?
Sebenarnya memang tak ada nama bagi cikgu Nobita ini, kerana mereka hanya memanggilnya sensei sahaja. Tapi dalam versi yang diubah tayangannya di dalam saluran Nihon Television, mereka memanggilnya Ganari.
9. Kenapa Doraemon dan Dorami adik-beradik?
Ini merupakan satu misteri yang menarik. Kenapa mereka dianggap adik-beradik? Ini kerana mereka berdua dicipta dari satu tangki minyak yang sama, dan Doraemon dicipta terlebih dahulu dari Doraemon ( 2 tahun lebih tua), sebab itulah Doraemon dianggap abang. kemudian Dorami juga dibeli oleh Sewashi selepas Doraemon, dan dipanggil adik.
10. Kenapa Dorami lebih kuat dari Doraemon?
Menurut data, Dorami lebih hebat dari Doraemon... Dorami mampu menghasilkan tenaga sebesar 10000 kuasa kuda, bandingkanlah dengan Doraemon yang hanya boleh mengeluarkan sebanyak 129.3 kuasa kuda.
11. Kenapa Doraemon takut tikus?
Sebabnya telinga Doraemon telah pun digigit tikus semasa dia sedang tidur.
Ini sekadar perkongsian dari website-website yang telah menulis tentang perkara ini.