Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa nama watak anime daripada siri Naruto ialah Naruto Uzumaki, sedangkan nama Uzumaki ialah nama keluarga bagi emak Naruto. Dan selalunya nama seseorang klan atau puak akan diambil dari sebelah ayah mereka.
Daripada maklumat yang diterima, nama bagi keluarga itu tidaklah terlalu terikat dengan nama sebelah ayah sahaja. Ia terserah pada seseorang untuk menggunakan nama sebelah emak atau ayah mereka. Tetapi kebiasaannya mereka akan menggunakan nama ayah bagi sesebuah keluarga. Dan nama emak digunakan apabila berlaku beberapa perkara seperti kebencian pada keluarga sebelah bapa, pertikaian kedua belah pihak, maka mereka akan guna nama emak.
Dan dalam siri anime Naruto ini khususnya, dah jelas bahawa Naruto telah dijaga oleh Hokage Sondaime, dan sudah tentu rahsia yang Naruto ialah anak kepada hokage ke-4 mestilah dilindungi. Selain itu, tambahan pula kebencian penduduk Konoha terhadap Kyuubi pasti akan memberi kesan pada Yondaime.
Walau apa pun, nama Uzumaki lebih sesuai bagi Naruto berbanding dengan Namikaze. Selain itu, nama itu dirahsiakan supaya tidak ramai akan tahu bahawa Naruto ini merupakan anak kepada Namikaze Minato, yang mana mempunyai hubungan yang rapat dengan hokage ke-3.
Puak Namikaze juga telah pun musnah ketika perang ninja ke- 2. Dan mempunyai hubungan yang rapat dengan puak Uchiha, Oleh itu,demi menyelamatkan anak dia sendiri, perkara ini perlu dirahsiakan.