Selepas terbaca dari Wiki Naruto, walaupun beberapa maklumat tidak dapat dipenuhi, tapi kesimpulan yang dapat dibuat di manakah perginya mereka bertiga iaitu ninja lagenda pada masa serangan Ekor 9 di Kampung Konoha ada beberapa sebab.
Seperti di ketahui, Minato menjadi Hokage pada masa itu, dan melarang Orochimaru dari mengambil alih kerana Oro sedar yang dia telah menguasai teknik larangan. Jadi, selepas itu, Orochimaru lari dari kampungnya. Serangan Kyuubi ke atas kampung Konoha pun berlaku, jadi Orochimaru dah menjadi jahat dan berpaling dari kampungnya.
Maka, Jiraiya cuba untuk mengembalikan Orochimaru, sama macam Naruto mahukan Sasuke kembali ke kampungnya. Disebabkan alasan itulah, dia tidak dilantik menjadi Hokage ke lima.
Dan untuk ninja lagenda yang pemarah, Tsunade, mungkin juga dia terlibat dengan kes judi di kampung lain atau hal-hal di luar sana.
Mungkin, kalau mereka ada pada masa serangan itu, kesan ke atas kampung akan berkurangan. Komen anda pula macam mana?