Ada beberapa sebab kenapa Kakashi tak boleh hilangkan Sharingan secara sementara ataupun menghidupkan bila masa yang diperlukan sahaja.
Pertama, ianya telah dipindahkan kepada anggotanya. Dengan beberapa sebab, Sharingan yang dipindahkan tidak mampu untuk seseorang itu mengawal sama ada ingin aktifkannya atau tidak.
Seperti kita tengok juga pada Danzo yang mana matanya sentiasa aktif dengan Sharingan. Sebab kenapa mereka tutup adalah untuk menyimpan ckahra daripada digunakan secara banyak.
Byakugan pula berlainan dengan yang ini. Ao mampu untuk aktifkan dan deaktif semula.
Kedua, Kakashi bukanlah dari puak Uchiha.
Bila kita tengok, Uchiha yang mengambil mata Uchiha yang lain akan mampu untuk mengawalnya. Inilah yang berlaku dalam kalangan sesama saudara merka.
Contohnya mata Madara dan Izuna. Dan juga Sasuke mengambil mata Itachi.
Kesimpulannya, Kakashi tidak mampu untuk aktif dan nyah aktif pada bila masa dia mahu kerana ia hadiah dari kawannya Obito.