Sebelum baca ini, ini hanyalah pandangan peribadi sahaja dari penulis. Jangan terlalu serius dengan artikel ini.
Bermula pada Babak manga Boruto pada Movie lagi kita dah tahu bahawa Boruto berada dalam bahaya. Dan dengan kata-kata dari lawannya iaitu Kawaki, kita agak Naruto telah mati. Tapi, itu belum disahkan oleh penulis Kishimoto. Itu hanya andaian peminat dari kata-kata Kawaki.
Akan tetapi, jika Naruto memang betul akan mati, bermakna Kurama juga akan mati bersama. Namun, chakra Kurama akan bangkit sekiranya dia dihidupkan semula. Apa yang hanya dilakukan hanya memindahkan chakra Kurama kepada anaknya sendiri.
Naruto membuka ikatan ekor sembilan pada badannya, dan memberikannya kepada Boruto Jinchuuriki tersebut, itu juga demi melindungi Kurama.
Lagi pun, Boruto tidak sedar bahawa Kurama ada dalam badan Naruto. Anda boleh tengok sendiri dalam movie Boruto. Dia tidak tahu apa yang dilalui oleh ayahnya sehinggalah rasengan bersama dia dengan Naruto digabungkan.
Dengan Kurama berada dalam badannya, kemungkinan Kurama akan mengajar Boruto untuk menguasai chakra dan mengawal mod pendeta Kyuubi.