Seperti kita semua tahu ketika Kyuubi menyerang Konoha, Minato merupakan Hokage ketika itu. Dia mendapat gelaran Hokage setelah mengetepikan cadangan Danzo yang mahu Orochimaru menjadi Hokage. Minato merupakan wira ketika perang dunia Shinobi yang Ke-3 manakala Orochimaru pula seakan mempunyai muslihat tersendiri dan tidak patut untuk mendapat gelaran Hokage.
Ketika Kyuubi menyerang Konoha, Orochimaru telah pun menjadi seorang yang jahat. Dia semestinya tidak mempunyai keinginan untuk membantu mempertahankan Konoha. Malah dia pernah cuba untuk menghancurkan Konoha tetapi dihalang oleh Hokage Ke-3.
Jiraiya pula berada di luar Konoha bagi misi mengumpul maklumat penting untuk Konoha serta untuk membawa Orochimaru pulang kembali ke pangkal jalan seperti mana dilakukan Naruto terhadap Sasuke. Kejadian serangan itu mungkin berlaku ketika Jiraiya tidak berada di Konoha. Jika dia ada semestinya dia akan turut membantu anak muridnya, Minato mempertahankan Konoha.
Tsunade pula mungkin sedang berjudi ketika berlakunya serangan ke atas Konoha itu. Dia pada ketika itu tidak mempunyai kepentingan dalam Konoha bebas untuk melakukan apa saja aktiviti ikut rasa hatinya.
Jika ketiga-tiga lagenda ini berada dalam Konoha dan Orochimaru bukan orang jahat sudah tentu kerosakan teruk ke atas Konoha dapat dikurangkan ataupun dielakkan. Minato juga tidak perlu untuk mengorbankan nyawanya sendiri jika mendapat bantuan 3 orang sannin ini.