Gaara telah
menjadi mangsa penindasan dan penyisihan oleh ayahnya sejak dia berada di dalam
kandungan ibunya lagi, iaitu Gaara terpaksa menanggung beban sebagai tuan
kepada Shukaku. Dia mahu membesar menjadi seorang kanak-kanak normal. Cuba
terbuka dan mahu merapatkan hubungan dengan masyarakat kampungnya, tetapi
hasilnya Gaara ditakuti dan dijauhi. Sampai satu masa, Rasa (Ayah Gaara)
merancang pembunuhan ke atas Gaara, tetapi gagal sehinggalah Gaara menjadi
seorang yang bengis dan kejam.
Sekali sekala
Gaara dipengaruhi oleh Shukaku yang untuk melakukan sesuatu. Kadangkala memang
tindakannya dipengaruhi oleh Shukaku yang hanya Gaara mendengarinya. Tambahan
pula sifat Shukaku yang secocok dengan sifat Gaara pada masa itu. Setelah
bertemu dengan Naruto, segalanya berubah dan Gaara menjadi Naruto Kedua dalam
siri anime itu. Ceh.
Sebelum pergi
lebih lanjut. Apa yang aku nak bawa di sini adalah apa yang ahli falsafah
dbincangkan berkenaan 'Free Will'. Jadi, memang aku tak mahu sentuh apa-apa fasal
agama, terutamanya Islam. Jadi, segalanya falsafah di sini. Aku sekular ke ni?
Hmmm
1.
Libertarianism
Libertarianism
sinonim dengan konsep Free Will telah dibincangkan sejak zaman Tamadun Yunani
lagi. Aristotle dan Epictetus menyatakan tiada apa yang menghalang kita
daripada membuat pilihan. Jadi, secara umumnya idea ini menyatakan kita tidak
terikat dengan apa-apa dalam melakukan apa-apa tindakan dalam hidup kita.
Kita mahu makan
nasi goreng sebab memang kita mahu makan benda itu dan kita mampu memakannya.
Kita mahu ke sekolah sebab kita mahu ke sekolah dan ianya semua pilihan kita
tanpa terikat dengan apa-apa pun.
Libertarianism
mengasaskan dua perkara yang dalam membentuk idea mereka, iaitu punca peristiwa
(event causation) dan ajen punca (agent causation). Event causation menyatakan
apa-apa kejadian fizikal (realiti) yang berlaku di dunia tidak akan berlaku
tanpa kejadian fizikal yang sebelumnya. Contohnya, Gaara tak akan disisihkan
kalau ayahnya tidak masukkan Shukaku ke tubuhnya. Yashamaru tidak akan mati
kalau Rasa tidak mengarahkannya untuk membunuh Gaara. Libertarian menyatakan
kejadian fizikal itu memang bersifat deterministik.
Agent causation
pula menyatakan segala rantaian peristiwa fizikal yang berlaku tadi adalah
hasil daripada minda dan kehendak. Shukaku berada dalam tubuh Gaara adalah
kehendak Rasa sendiri dan itu pilihannya. Gaara mahu menjadi seorang yang kejam
kerana itu pilhannya setelah disisihkan oleh masyarakat dan keluarganya.
Tetapi ahli
falsafah yang lain melihat hujah itu tidak cukup kukuh untuk menegakkan konsep
'Free Will'.
2. Determinism
Falsafah ini
pula adalah yang paling kuat menentang konsep Free Will. Determinisim
menyatakan, apa yang kita lakukan mempunyai faktor sebelumnya yang membuatkan
kita melakukan perkara tersebut, termasuklah faktor dalaman. Sebarang faktor
yang membuatkan kita melakukan pilihan menunjukkan kita tidak mempunyai
sebarang kebebasan memilih.
Determinisim
berhujah, apakah yang membuatkan seseorang itu memilih suatu pilihan itu
daripada banyak-banyak pilihan yang lain? Apakah yang membuatkan Rasa (ayah
Gaara) membuat pilihan untuk memasukkan Shukaku ke dalam tubuh Gaara? Apakah
yang membuatkan Gaara membuat pilihan untuk berubah daripada banyak-banyak
pilihan lain?
Faktor yang
mempengaruhi keputusan dan pilihan itu menjadikan manusia tidak mempunyai
kebebasan memilih bagi determinism. Rasa memilih Gaara sebab Temari dan Kankuro
tidak sesuai untuk memiliki Shukaku. Gaara membuat pilihan untuk berubah
menjadi seorang yang kejam kerana dia disisihkan. Pilihan-pilihan yang dibuat
oleh Rasa dan Gaara ini mempunyai faktor sebelumnya yang membuatkan mereka
membuat pilihan sedemikian.
Ahli falsafah Perancis,
Baron D'Holbach menyatakan tiada sebarang tindakan kita yang bebas, malah
segalanya yang berlaku adalah hasil daripada rantaian peristiwa yang tak pernah
putus. Shukaku muncul hasil daripada konflik Kaguya dan anak-anaknya. Kampung
Angin memiliki Shukaku hasil pembahagian dalam mesyuarat pertama semua kage.
Sehinggalah Shukaku terjebak dalam hidup Gaara. Gaara mungkin pernah terfikir
bagus sekiranya Shukaku tidak pernah wujud. Maka, apa yang berlaku pada Rasa
dan Gaara adalah hasil daripada peristiwa lepas yang tidak pernah putus
rantaiannya.
Malah Gaara
membuat pilihan menjadi baik pun selepas kena basuh dengan Naruto. Maksudnya
pilihan dia sendiri pun bersebab yang kelihatannya menurut Determinisim tidak
bebas.
3. Compatibilism
Sekiranya Gaara
tidak mempunyai Shukaku, kemungkinan Gaara akan membesar seperti Temari dan
Kankuro. Menjadi seorang baik dan tidak ditindas. Kalau ikutkan itulah
lumrahnya. Tetapi perubahan Gaara ketika Yashamaru cuba untuk membunuhnya,
mungkin mempunyai implikasi daripada pengaruh Shukaku yang bersifat bengis dan
kejam.
Aku teringat
sebuah filem yang berjudul 'Identity' yang menayangkan seorang pesakit yang
mengalami masalah split personaliti. Personalitinya ada 9 orang dan salah
seorangnya adalah pembunuh. Apabila dia menjadi personaliti pembunuh tersebut,
dia akan melakukan pembunuhan.
Jadi apa yang
berlaku pada lelaki yang mempunyai masalah mental ini adalah 'Free Will'
ataupun sesuatu yang bersebab (kerana mempunyai masalah split personaliti)?
Apakah perubahan Gaara menjadi seorang kejam adalah hasil daripada pilihannya
ataupun sebab masalah mentalnya (pengaruh Shukaku)?
Macam mana kita
nak menghukum dan mendakwa lelaki yang mempunyai masalah split personaliti itu?
Di sinilah
munculnya compatibilism yang cuba menyeimbangkan antara determinism dan
libertarianism. Compatibilism masih menganggap perkara yang berlaku sebagai
bentuk yang telah ditentukan dan tidak bebas. Tetapi sekiranya ketentuan itu
berlaku hasil daripada pilihan atau dari dalam diri kita, ia masih dianggap
sebagai 'Free Will' dan bebas membuat pilihan.
Dalam kes orang
sakit mental tadi, kita tak boleh nak salahkan untuk perkara yang dia tak boleh
dikawal. Sebenarnya banyak kes lain selain masalah mental ini seperti
ketumbuhan yang mempengaruhi tindakan.
Ahli Falsafah
kontemporari, Patricia Churchland menyatakan, dalam kes macam ini, kita
hanyalah mampu mengawal untuk perkara yang kita boleh kawal. Menanyakan adakah
kita bebas membuat pilihan adalah tidak relevan. Sepatutnya soalan yang ditanya
adalah, berapa banyak perkara yang dapat kita kawal? Semakin banyak perkara
yang kita dapat kawal, maka semakin beratlah tanggungjawab kita.
Jadi, adakah
kita bebas membuat pilihan?
Sebenarnya aku
nak masukkan sekali dari sudut pandangan fizik kuantum dalam hal ini. Tapi
malas pula nak menaipnya.