Magnum opus
watak Nagato dalam anime Naruto adalah penderitaan adalah jalan menuju
keamanan. Idea ini dibentuk sewaktu negaranya, Negara Hujan menjadi medan
peperangan dalam Perang Dunia Shinobi yang kedua. Nagato menyaksikan pelbagai
penderitaan sewaktu peperangan tersebut seperti kebuluran, tekanan dan
termasuklah kematian ibu bapanya sendiri yang dibunuh oleh shinobi Konoha.
Sewaktu
membentuk Akatsuki, kawan baiknya, Yahiko mati dibunuh oleh sekumpulan shinobi
yang diketuai oleh Hanzo. Seperti Madara, Nagato melihat kitaran peperangan ini
tidak pernah tamat sehingga dia ragu sama ada konsep keamanan itu wujud. Tetapi
Nagato tetap mahu mencari kemanan itu. Daripada sini, Nagato membentuk idea
bahawa selagi manusia tidak merasai apa itu penderitaan, maka dia tidak akan
cuba mencari keamanan.
1. Four Noble
Truths
Buddhism
menggariskan empat kebenaran yang menjadi asas pada falsafahnya yang dipanggil
4 Noble Truths. Di timur, pemahaman ke atas suatu idea boleh menjadi kerancuan
antara agama dan falsafah sebab itu kadangkala Buddhism dipanggil agama,
kadangkala dipanggil falsafah. Kita tak mahu panjang lebar fasal ini.
Noble Truths
yang pertama adalah penderitaan itu wujud dan ia menguasai dunia ini. Yang
kedua adalah penderitaan itu wujud akibat obses terhadap keinginan (desire).
Yang ketiga, penderitaan ini dapat dibuang apabila obses tersebut dibuang.
Keempat, kebebasan (keamanan) dapat dicapai dengan mengamalkan 8 Lapis jalan
(Eightfold path).
4 idea ini telah
membantuk perwatakan Nagato. Nagato percaya penderitaan sentiasa wujud dalam
dunia shinobi. Penderitaan yang tidak pernah habis dan terus berkitar. Bagi
Nagato penderitaan ini terbentuk kerana obses shinobi terhadap cinta dan
peperangan. Cinta menjadikan manusia mahu melindungi sesuatu, lalu ia
melindungi itu menjadi justifikasi yang membentuk peperangan.
Buddhism
mempromosi cinta. Tetapi menurut Buddha obses terhadap cinta akan menyebabkan
penderitaan yang pahit.
Penderitaan ini
dapat dibuang dengan membuang obses terhadap peperangan dan cinta tersebut.
Idea keempat
dalam Buddhism mungkin tidak menepati perwatakan Nagato kerana dalam 8 jalan
tersebut, cuma beberapa jalan saja yang diikuti oleh Nagato.
Jalan yang
dipilih (Bukan jalan dari Eightfold Path) oleh Nagato adalah memberikan manusia
memahami terlebih dahulu apa itu penderitaan. Bagi Nagato, orang yang tidak
memahami penderitaan sebenar tidak akan faham maksud keamanan yang sebenar.
Selepas memahami apa itu penderitaan, barulah proses membuang penderitaan itu
dapat dicapai.
2. Six Path of
Suffering (Samsara)
Nagato mempunyai
kuasa Six Path of Pain yang berdasarkan konsep dunia dalam Buddhism, iaitu Deva
Path, Asura Path, Human Path, Animal Path, Ghost Path dan Hell (naraka) Path).
Kesemua jalan-jalan telah membentuk diri Pain (Nagato) menjadi enam dan
mempunyai kuasa yang berbeza-beza.
Dalam Buddhism,
enam jalan ini adalah kitaran jalan-jalan yang dilalui oleh manusia melalui
kitaran hidup semula (reincarnation) dan ia dikatakan sebuah penderitaan yang
tidak akan habis dan berulang-ulang. Kitaran ini akan tamat setelah jiwa itu
mencapai 'nirvana'. Nirvana adalah keadaan di mana jiwa mula membuang segala
bentuk obses.
3. Pacifisim
Pacifisim adalah
idea paling utama yang membentuk tiga falsafah/agama timur, iaitu Buddhism,
Jainism dan Hinduism. Idea utama dalam falsafah ini adalah menentang segala
bentuk keganasan dan peperangan walaupun ia bermotifkan 'keadilan' dan
'perlindungan'. Maksudnya peperangan tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk
dilancarkan.
Sebab itulah
Pacifism menolak falsafah 'Peperangan Adil' (Just War) yang dipelopori oleh
Thomas Aquinas. 'Just War' membawa idea peperangan itu boleh dilancarkan dengan
memastikan ia tidak salah secara moralnya dengan beberapa kriteria.
Nagato menganut
Pacifisim yang menolak sebarang bentuk peperangan walaupun atas nama cinta dan
melindungi. Bagi Nagato peperangan tak sepatutnya berlaku atas nama
shinobi-shinobi ini mahu melindungi sesuatu atas nama cinta, seperti cintakan
individu dan kampung.
Walaupun begitu,
ia agak ironi bagi Nagato yang membawa pacifism kerana Nagato mencari keamanan
melalui peperangan dan kemusnahan yang dilakukan. Ia seperti menunjukkan
kemusnahan yang dilakukan mempunyai justifikasi iaitu mahu manusia merasai
penderitaan untuk mencapai keamanan.