Naruto menjadi sebahagian dalam memori kita sebagai peminat anime ini. Banyak kata-kata yang mana telah mengajar kita serta sebahagian telah memberi kesan dalam diri kita di dalam kehidupan sekarang. Ini antara mutiara kata yang disebut-sebut di dalam Naruto.
1. Kesakitan berada seorang diri amat betul-betul menyakitkan dalam dunia ini, betul kan ? Aku tidak tahu kenapa, tetapi aku faham perasaan itu, ia amat betul-betul menyakitkan. - Uzumaki Naruto
2. "Pasti, di dalam dunia ninja, mereka yang melanggar peraturan dan gagal untuk mengikut arahan ... adalah sampah. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak menjaga dan menyokong rakan-rakan mereka ... adalah lebih teruk lagi dari itu ! " - Uchiha Obito
3. Sekarang ada sesuatu yang aku memahami sedikit lebih baik. Benci, Sedih, walaupun kegembiraan sekalipun dapat dikongsi dengan orang lain. Uzumaki Naruto; dalam bertarung dengan dia, aku tahu bahawa dia tahu kesakitan seperti yang aku rasakan, dan kemudian dia mengajar aku bahawa aku boleh mengubah laluan aku sendiri. Aku ingin satu hari nanti, aku diperlukan oleh seseorang, Bukan sebagai senjata menakutkan ... tetapi sebagai Kazekage Pasir yang dapat melindungi orang bawahannya.- Gaara
4. "Apabila seorang lelaki belajar untuk rasa cinta, dia mesti bersedia menanggung risiko diseksa." - Uchiha Madara
5. "Kita tidak sedar jenis diri kita sebenar-benarnya sehingga saat sebelum kematian. Saat sebelum kematian datang menjemput anda, anda akan sedar tentang diri anda itu apa." - Uchiha Itachi
6. "Mereka yang tidak memahami kesakitan sebenar, tidak akan dapat memahami keamanan sejati yang sebenar". -Nagato
7. "Dengar ... Dalam dunia ini, apabila ada cahaya, tentu ada juga bayang-bayang. Selagi mana konsep pemenang itu wujud, maka perlu juga ada yang kalah. Keinginan mementingkan diri sendiri yang mana ingin mengekalkan keamanan menyebabkan berlakunya sesebuah peperangan dan kebencian untuk melindungi sesuatu yang tercinta. " - Uchiha Obito
8. "Setiap daripada kita yang hidup, bergantung dan terikat dengan pengetahuan individu dan kesedaran kita sendiri. Semua dari itu adalah apa yang kita panggil 'realiti', Bagaimanapun, kedua-dua pengetahuan dan kesedaran itu agak samar-samar. Realiti seseorang mungkin menjadi ilusi orang lain. Kita semua hidup dalam fantasi kita sendiri." - Uchiha Itachi
9. "Apabila orang dicedera, mereka belajar untuk membenci ... apabila orang menyakiti orang lain, mereka menjadi dibenci dan terseksa oleh rasa bersalah. Tetapi ketahuilah bahawa melalui kesakitan, ia membolehkan orang ramai untuk berbuat baik. Kesakitan membolehkan orang untuk membesar ... dan bagaimana anda membesar adalah terpulang kepada anda. " - Jiraiya
10. Ketahuilah bahawa anda tidak akan rasa perihnya lelah jika anda melakukan sesuatu perkara dengan minat yang kemuncak. - ADMIN