Semestinya kita sudah menonton movie Boruto dan menjadi tanda tanya kumpulan mana yang akan menjadi antara yang terkuat pada suatu hari nanti ?
Nahh.. admin senaraikan antara kumpulan terkuat dalam siri Boruto.
1. Kumpulan Yuroi
Kumpulan Yuroi merupakan kumpulan genin dari Kumogakure. Sifu bagi kumpulannya masih belum dapat dipastikan. Kumpulan ini merangkumi Yuroi, Toroi, dan Tarui. Mereka semua menunjukkan peningkatan yang hebat di dalam peperiksaan akhir Chuunin , tetapi ditewaskan oleh boruto dan kumpulannya.
2. Kumpulan Lee
Kumpulan Lee masih lagi tidak dapat dipastikan dari kumpulan kampung Konoha. Mereka merangkumi 3 orang, dan salah seorang semestinya Metal Lee, dan selebihnya dilihat seakan metal lee jugak. Sifu bagi kumpulan ini tidak dapat dipastikan, tapi ianya seakan Rock Lee. Kumulan ini berjaya di tahap Kedua sahaja di dalam peperiksaan Chuunin, apabila mereka ditewaskan.
3. Kumpulan Iwabee (kemungkinan)
Kumpulan Iwabee ialah kumpulan yang tidak wujud setakat ini. Iwabee akan menjadi salah satu jalan cerita ini, tetapi tidak ada satu kumpulan yang sesuai dengannya setakat ini. Tetapi bagi admin, Iwabee berkemungkinan akan digandingkan dengan Denki dan karakter lain yang hebat dalam Taijutsu. Seperti yang diketahui, Iwabee tidak terlibat dalam peperiksaan Chuunin dalam Movie sebelum ini. Ttetapi, harapnya dapat lihat Iwabee dalam kumpulan pada masa akan datang, sebab dia dilihat seakan shonobi yang bijak dan kuat.
4. Kumpulan Shinki
Kumpualn Shinki pula dari kampung Gaara iaitu Sunagakure. Sifunya juga tidak dapat dipastikan lagi. Kumpulan ini terdapat Anak peliharaan Gaara, Shinki, Araya, dan Yodo. Mereka kelihatan sangat kuat. Dan berpoyensi menjadi antara yang terkuat satu hari nanti.
Mereka adalah kumpulan yang menewaskan kumpulan Metal lee dalam peringkat kedua. Araya juga hebat apabila dapat menewaskan Inojin dengan mudah. Manakala Shinki pula bertemu Choco dan menewaskan dengan mudah. Tetapi Yodo telah tewas ditangan Shikadai Nara. Jadi didalam kumpulan ini, hanya seorang sahaja yang tewas.
5. Kumpulan Moegi
Kumpulan Moegi adalah kumpulan dari Konohagakure. Mereka berada dibawah sifu Moegi. Kumpulan ini terdapat Inojin, Shikadai Nara, dan Chocho. Mereka meneruskan legasi generasi ino shika cho trio. Kumpulan ini telah mengambil bahagian didalam peperiksaan Chuunin.
6. Kumpulan Konohamaru
Kumpulan Konohamaru adalah kumpulan paling dikenali setakat ini. Ia merangkumi Uzumaki Boruto, Uchiha Sarada dan Mitsuki. Mereka diajar oleh Konohamaru. Kumpulan ini berjaya ke peringkat akhir peperiksaan Chuunin.
Boruto dibunag setelah didapati menipu dalam perlawanan akhir. Manakala Mitsuki dan Sarada berjaya dan terpaksa bertemu antara mereka pada perlawanan seterusnya. Tetapi perlawanan tidak dapat diteruskan kerana kehadiran Momoshiki.
Pada pandangan anda pula, kumpulan mana berpotensi menjadi kumpulan yang kuat ?