Ironinya, Gaji Sutradara Anime boleh dikatakan kalah dengan Cashier Separuh Masa.
Tahukah korang semua? Sudah jadi perbahasan biasa bahawa animator mendapatkan gaji kecil dari sebuah produksi anime. Selain kos sara hidup yang tinggi, ternyata disebalik senyuman para penonton, banyak animator yang tidak tersenyum kerana gaji.
Masalah ini ternyata bukan hanya terjadi kepada sang Animator, permasalahan ini juga terjadi kepada sutradara anime sendiri! Mahu tahu asam garam kehidupan sutradara anime?
Taiki Nishimura, sudah bekerja dalam industri anime selama lebih kurang 20 tahun lamanya. Beliau sudah mengarahkan beberapa anime terkenal dari siri franchise Gundam (Gundam Seed Destiny), Aldnoah Zero, Valvare the Liberator, My-HiME dan School Rumble. Namun, disebalik produksi yang berjaya diatas, dia menyebutkan bahawa hasil yang diperolehi untuk tiap anime hanya 100,000 Yen. Sekitar RM3877.80 per produksi anime (yang bererti satu musim).
Sang sutradara senior ini mengaku juga bahawa dia memerlukan 150,000 – 200,000 Yen dalam memenuhi keperluan hidup. Anime yang dikerjakan menghasilkan 230,000 Yen, namun perlukan 2 bulan untuk menyelesaikan anime tersebut. Mahu tidak mahu ia harus mengerjakan 2 projek anime sekaligus. (satu projek menghasilkan 100,000 hingga 115,000 saja).
Beliau juga mengatakan bahawa pendapatan paling banyak 300,000 Yen dan paling sedikit 160,000 Yen. Bagaimana boleh ada yang terbesar atau terkecil? Semua ini tergantung projek anime ini merupakan projek besar atau kecil. Nishimura sensei mengaku bahawa projek sederhana lebih menguntungkan berbanding projek besar. Kemudian sponsor juga mempengaruhi bayaran ini.
Nishimura juga mengatakan dia tidak perlu membayar sewa tempat tinggal kerana sudah memiliki apartment peribadi. Ia juga memiliki pekerjaan sampingan selain anime. Ia juga memberikan pandangan bahawa tidak disarankan pekerjaan sebagai animator kerana akan sedikitnya waktu istirahat kerana perlu lakukan dua projek dan kerja sampingan.
Ironinya, kerjaya sebagai animator yang tergolong pekerjaan kelas menengah ini boleh dikalahkan oleh pekerjaan yang tergolong biasa saja iaitu perkaja separuh masa: cashier boleh mendapatkan gaji 140,000 Yen perbulan.
Tidak hairan mengapa banyak fenomena Karoushi (mati kerana kebanyakan kerja), anak muda lebih memilih kerja separuh masa dan wanita tidak mahu menikah kerana kos hidup yang tinggi ini.