Keahlian
Akatsuki terdiri
daripada ninja pelarian Kelas-S yang telah keluar daripada kampung
masing-masing oleh pelbagai punca dan sebab. Harus diambil perhatian bahawa,
Pain dan Konan bukanlah ninja pelarian kerana mereka memiliki dan mentadbir
perkampungan ninja yang diiktiraf oleh dunia luar. Turut dinyatakan bahawa
Kakuzu memiliki suatu "tabiat" yang suka membunuh teman sepasukannya
pada suatu ketika dahulu, namun tidak pernah diketahui siapakah teman
sepasukannya itu sebelum dia digandingkan bersama Hidan. Setakat ini, hanya
Madara Uchiha dan Zetsu merupakan ahli daripada Akatsuki yang masih tertinggal.
Senarai
keahlian
Tobi atau Uchiha
Obito (Pengasas Akatsuki; bergabung bersama-sama Uchiha Madara dalam perang
dunia ninja ke-4)
Deidara
(terbunuh; tiada pengganti)
Hidan (tidak
mampu bertarung; tiada pengganti)
Kisame Hoshigaki
(terbunuh; tiada pengganti)
Kakuzu
(terbunuh; tiada pengganti)
Konan
(Meninggalkan Akatsuki setelah kematian Nagato)
Orochimaru
(keluar; ; tiada pengganti)
Pain (ketua
Akatsuki; )
Sasori
(terbunuh; diganti oleh Tobi)
Itachi Uchiha
(terbunuh; tiada pengganti)
Zetsu
-(Bahagian hitam
merupakan semangat Uchiha Madara yang telah ditanam); Bahagian putih pula ialah
gabungan sel Gedou Mazou dengan Senju hashirama atau Shodaime Hokage (digunakan
sebagai tentera akatsuki dalam perang dunia ninja ke-4
-(Sebanyak 100
ribu zetsu putih dihasilkan menggunakan sel hokage pertama termasuk sel yang
tertinggal dalam tubuh Tenzou atau Yamato Taichou)
Senarai
pakatan
Amegakure
(kampung ninja yang diuruskan oleh Pain, hubungkait terputus setelah kematian
Pain dan Konan keluar daripada organisasi)
Kabuto Yakushi
(anak buah Sasori, kemudian keluar menyertai Orochimaru)
Yura (anak buah
Sasori, terbunuh)
Mukade (anak
buah Sasori, terbunuh)
Ginji (Pengurus
kewangan Kakuzu, status tidak diketahui)
Zangei (Pengutip
ganjaran tebusan, ditangkap)
Kumpulan Taka
(Pasukan bersekutu dengan Akatsuki)
Pasukan
Akatsuki
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada dua orang
anggota untuk mempergunakan kebolehan mereka bagi tujuan pencapaian objektif
organisasi.
Senarai
pasukan
Kakuzu &
Hidan
Fail:Kakuzu dan
Hidan.JPG
Pasangan
"zombi" Kakuzu dan Hidan
Senior: Kakuzu
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Dua (Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)
Pasukan yang
dilihat sebagai suatu gandingan yang paling efektif dan sukar dikalahkan
apabila mereka bersatu seperti yang dinyatakan oleh Shikamaru bahawa mereka
berdua perlu ditangani secara berasingan. Pain bercadang menggandingkan mereka
berdua kerana kebolehan unik yang mereka miliki. Hidan memiliki tubuh yang
"tidak mati" kerana telah berjaya dijadikan eksperimen oleh ajaran
Jashin, walaupun tubuhnya dikerat-kerat. Ini membolehkan Kakuzu melakukan
serangan hebatnya secara melulu untuk menyerang musuhnya tanpa perlu
menghiraukan keselamatan Hidan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai
"Pasangan Kekal Abadi" (不死コンビ Fushi Konbi?) oleh kerana cara
mereka mengelakkan diri dari kematian. Kisame berjenaka dengan memanggil mereka
sebagai "Pasangan Zombi" (ゾンビコンビ Zonbi Konbi?).
Mereka juga
merupakan pasangan yang tidak mempunyai hubungan baik di antara mereka. oleh
kerana memiliki konflik dengan kegemaran masing-masing; Kakuzu menganggap
ritual keagamaan yang dilakukan oleh Hidan adalah tidak berguna dan hanya
membuang masa. Manakala, Hidan pula beranggapan bahawa Kakuzu seorang yang
tidak penyabar dan bersikap suka mencaci ajaran Jashin yang diamalkannya dan
turut menyatakan bahawa Kakuzu memiliki sifat ketamakkan yang tiada batasnya.
Hidan turut menyatakan bahawa pekerjaan Kakuzu sebagai pemburu upahan sering
memberikan perasaan tidak selesa kepadanya. Oleh kerana terdapatnya
ketidakserasian di antara mereka, mengakibat mereka sering terlewat dalam
menyelesaikan misi yang diberikan oleh organisasi.
Pain & Konan
Fail:Pain dan
Konan.JPG
Pain dan Konan
berasal dari Amegakure.
Senior: Pain
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)
Pasangan Pain
dan Konan dilihat sebagai salah satu pasangan yang serasi di dalam Akatsuki.
Ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk Konan yang sangat menurut semua
perintah dan arahan daripada Pain. Pain bertindak sebagai ketua Akatsuki dan
memberikan arahan kepada seluruh ahli Akatsuki untuk tujuan pencapaian objektif
organisasi. Namun begitu, interaksi bersemuka yang pernah dilakukannya hanya
ketika menggunakan Teknik Kurungan Naga Sembilan Kepala.
Pain juga
merupakan pemimpin kepada kampung ninja Amegakure dan menggunakan kampung
tersebut sebagai salah satu pengkalan untuk Akatsuki. Manakala, Konan pula
bertindak sebagai pemimpin kedua berkuasa di Amegakure.
Orochimaru &
Sasori
Sasori
menyatakan bahawa dia dan Orochimaru dapat bekerjasama dengan baik sekali
ketika mereka bergandingan sebagai sebuah pasukan kecil Akatsuki. Bagaimana
pun, setelah Orochimaru keluar daripada organisasi Akatsuki setelah gagal dalam
percubaannya untuk merampas tubuh Itachi (demi mendapatkan mata Sharingan),
Sasori telah mula berdendam dengan bekas rakan sepasukannya itu.
Sasori &
Deidara
Fail:Sasori,
Deidara.PNG
Pakar
"kesenian" Deidara dan Sasori
Senior: Sasori
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Satu (Deidara, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan
(Gagal)
Kumpulan ini
dibentuk daripada dua orang artisan daripada Akatsuki; Deidara dan Sasori. Kedua-dua
mereka didapati mampu bekerjasama dengan baik walaupun terdapat sedikit
pertengkaran jika berkaitan dengan topik kesenian. Sasori berpendapat bahawa
seni itu sesuatu yang "kekal" seperti mana seni membuat boneka
miliknya, manakala Deidara pula berpendapat bahawa seni itu sesuatu yang
"spontan dan kemudian hilang selama-lamanya" seperti mana Letupan
Tanah Liat miliknya.
Namun begitu,
sikap mereka sangat berbeza dengan falsafah kesenian mereka. Sasori bersikap
kurang penyabar dan mahu menamatkan sesuatu pekerjaan dengan segera, manakala
Deidara pula suka melengah-lengahkan sesuatu kerja yang dilakukannya.
Sasori memiliki
rangkaian perisiknya sendiri (yang dikawal olehnya menggunakan sejenis bentuk
jutsu kawalan minda) untuk membantu urusan Akatsuki. Deidara sebelum ini
merupakan pengebom upahan yang kemudiannya direkrut oleh Itachi Uchiha untuk
menyertai Akatsuki.
Deidara &
Tobi
Deidara
bergandingan dengan Tobi setelah kematian Sasori
Senior: Deidara
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Tiga (, dikurung)
Pasukan ini
ditubuhkan setelah kematian Sasori dan Tobi telah dipilih sebagai pengganti
tanpa melalui sebarang "ujian" syarat kemasukkan menjadi Akatsuki
seperti anggota lain. Walaupun Tobi bersikap "tidak sabar-sabar"
untuk mengambil perhatian seniornya, namun sikap keanak-anakan yang
ditunjukkannya dianggap oleh Deidara sebagai membosankan dan menjengkelkan.
Walau pun
Deidara berasa jengkel dengan perangai Tobi, namun mereka berdua mampu
bekerjasama dengan baik apabila diberikan tugasan oleh organisasi. Ini dapat
dilihat apabila berlakunya pertarungan di antara Deidara dan Sasuke. Tobi telah
membantu Deidara untuk meletakkan bom-bom tanah liat milik Deidara ke dalam
tanah tempat mereka bertarung. Deidara juga dilihat mengambil berat akan
keselamatan Tobi namun tetap tidak menyukai sikapnya yang suka bermain-main.
Itachi Uchiha
& Kisame Hoshigaki
Gandingan mantap
Itachi dan Kisame
Senior: Itachi
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Sembilan (Itachi, Gagal), Makhluk Syaitan Berekor Empat
(Kisame, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Lapan (Kisame, Gagal)
Pasukan ini
dianggap sebagai sebuah pasukan yang baik dan sangat efektif. Pasangan ini
hampir berjaya menyempurnakan semua misi yang diarahkan oleh Pain kepada mereka
(kecuali misi menangkap Kyubi). Dengan Itachi yang bertindak sebagai
"perisik" bagi kedua-dua pihak Akatsuki dan Konoha. Bagaimana pun,
Itachi sengaja menggagalkan rancangan kedua-dua belah pihak.
Tidak seperti
kebanyakkan pasukan lain di dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame berhubungan
dengan baik sesama mereka dan mampu berbual secara biasa dan dalam keadaan aman
apabila tidak bertempur. Kisame berjaya menangkap Makhluk Syaitan Berekor Empat
apabila doarakan berbuat demikian, namun dia mnegakui mengalami sedikit
kesukaran. Kisame pernah menyatakan bahawa dia mengalami sedikit kesukaran
untuk menewaskan jincuriki tersebut kerana dia menggunakan Gaya Lepas Sifat
Lahar. Bagaimana pun, dalam pertempuran dengan Killer Bee, Kisame telah gagal
melaksanakan misi tersebut dan telah mati ketika pertempuran akibat dibunuh
oleh Killer Bee dan abangnya; Raikage.
Zetsu
Fungsi: Perisik
Walaupun Zetsu
bertindak bersendirian tanpa teman, namun oleh kerana dia memiliki dua
personaliti maka dia dapat bertindak secara efektif seperti sebuah pasukan
berdua. Oleh kerana setiap personaliti memiliki sifat yang berlainan, mereka
sering bertengkar apabila berbicara soal pertempuran mana yang harus dilihat
terlebih dahulu berbanding perkara lain. Kedua-dua bahagian personalitinya juga
dapat berpisah dan bertindak mengikut pemikiran masing-masing.
Taka
Fail:Hebi hawk
akatsuki.jpg
Pasukan Taka
menjadi sekutu Akatsuki atas sesuatu sebab.
Senior: Sasuke
Uchiha
Anggota:
Suigetsu Hōzuki, Karin, Jūgo
Sasaran: Makhluk
Syaitan Berekor Lapan (Gagal)
Apabila anggota
Akatsuki berkurangan sehingga tinggal lima ahli, Madara telah meminta bantuan
daripada Pasukan Taka yang juga mahukan kemusnahan kepada Konohagakure. Untuk
menyempurnakan objektif mereka, Madara telah mengarahkan Pasukan Taka untuk
memburu Makhluk Syaitan Berekor Lapan manakala Akatsuki (terutamanya Pain) pula
pergi memburu Makhluk Syaitan Berekor Sembilan.
Secara teknikalnya,
semua anggota pasukan Taka tidak dianggap sebagai anggota Akatsuki memandangkan
mereka tidak memiliki cincin keahlian seperti mana anggota rasmi Akatsuki yang
lain. Bagaimana pun, mereka mengenakan pemakaian jubah yang menyamai apa yang
digunakan oleh setiap ahli organisasi Akatsuki.
Pertubuhan
terdahulu
Setiap ahli
Akatsuki diketahui (atau telah) bergabung dengan kumpulan lain.
Madara:
Berpaling tadah dari Konohagakure berikutan pemilihan Hashirama Senju sebagai
Hokage Pertama.Tubuhkan Akatsuki untuk menyatukan kembali sembilan binatang
berekor.
Pain: Sebagai
pemimpin kampung Amegakure. Penubuh-bersama Akatsuki untuk membawa keamanan.
Konan: Sebagai
pembantu Pain di Amegakure . Menyertai untuk "Cinta".
Itachi:
Berpaling tadah dari Konohagakure selepas pembunuhan beramai-ramai puak Uchiha.
Turut serta atas dasar "ideologi".
Kisame:
Berpaling tadah dari Kirigakure dan Seven Swordsmen dari kabut.
Kakuzu:
Berpaling tadah dari Takigakure. Menyertai disebabkan ke "Sumber".
Hidan: Berpaling
tadah dari Yugakure. Menyertai disebabkan ke "Agama".
Sasori:
Berpaling tadah dari Sunagakure.
Deidara:
Berpaling tadah dari Iwagakure. Menyertai kerana "Sesuka Hati."
Orochimaru:
Berpaling tadah dari Konohagakure. Menyertai dan berpaling tadah dari Akatsuki
setelah gagal untuk mencuri badan Itachi.
Rekaan dan
konsep
Dalam Naruto
Hiden: Sha no Sho Buku Data Watak Rasmi, Masashi Kishimoto menyatakan bahawa
dia telah asalnya merancang untuk membuat Akatsuki sebagai kumpulan raksasa
yang hampir tiada ciri-ciri manusia.
Sumber : Naruto Wiki