Dalam Naruto, Akatsuki (暁 ) merupakan organisasi jenayah yang terdiri daripada ninja pelarian
Kelas-S dan sangat dikehendaki oleh dunia ninja. Objektif utama mereka adalah
untuk mengumpulkan ke semua biju atau "Makhluk Berekor" untuk tujuan
menguasai dunia. Walaupun pada mulanya Akatsuki hanya memainkan peranan kecil
dalam Bahagian I, namun pada Bahagian II mereka telah menjadi watak antagonis
utama siri ini.
Ahli Akatsuki (pada bila-bila masa) tidak akan melebihi sepuluh
orang anggota dan mereka disenaraikan sebagai ninja pelarian kelas-S oleh
kampung mereka. Ahlinya sentiasa bergerak dalam kumpulan berdua kecuali Zetsu
yang berperanan sebagai perisik atau peninjau kepada organisasi tersebut dengan
menggunakan kebolehan unik yang dimilikinya untuk kelebihan organisasi
tersebut. setiap pasukan mesti berfungsi dengan baik, ataupun
sekurang-kurangnya perlu menyempurnakan misi yang diberi walaupun anggota
setiap pasukan memiliki perbalahan di antara mereka. Semua ahli organisasi ini
jarang berkumpul bersama seperti yang dilihat dalam penghujung Bahagian I
apabila seorang ahli menyatakan bahawa ia merupakan perjumpaan pertama mereka
selepas perjumpaan kali terakhir pada tujuh tahun yang lalu.
Jaringan Akatsuki sangat luas, merangkumi beberapa negara ninja
dengan bantuan ejen-ejen rahsia mereka di banyak tempat. Apabila sesebuah
pasukan berjaya mendapatkan makhluk berekor seperti yang diarahkan, mereka
perlu segera mengurungnya. Semua ini dilakukan di dalam kubu rahsia mereka yang
dikelilingi dengan pelbagai perangkap. Proses pengurungan ini memerlukan masa
selama tiga hari untuk disempurnakan.
Walaupun sesetengah anggota Akatsuki menyertai organisasi tersebut
adalah kerana mereka memiliki tujuan tersendiri, namun mereka semua bersatu di
bawah objektif utama Akatsuki untuk mendominasi seluruh dunia ninja. Ketua
mereka telah menerangkan tiga langkah untuk mereka mencapai tujuan tersebut.
Pertama, mereka perlu mendapatkan sumber kewangan yang tinggi untuk menyangga
organisasi mereka. Kedua, mereka akan menyediakan pasukan askar upahan yang
setia kepada Akatsuki. Untuk membina reputasi, mereka perlu menerima sebarang
misi dengan kos yang rendah berbanding negara ninja yang lain (ini akan dibantu
oleh sumber kewangan daripada langkah pertama). Oleh kerana tidak berlaku
peperangan sejak kebelakangan ini, negara-negara ninja tidak akan dapat
merendahkan kos upah mereka, mengakibatkan negara-negara ninja kecil
mendapatkan bantuan Akatsuki berbanding negara-negara ninja yang memiliki kos
yang tinggi. Dengan menggunakan biju yang dikumpul, Akatsuki akan
menggunakannya untuk memulakan peperangan, mengukuhkan kedudukan mereka dan
mendapatkan keyakinan negara-negara lain untuk emndapatkan perkhidmatan mereka
di mana ini akan mengakibatkan mereka mendominasi upah untuk misi-misi di dunia
ninja. Tanpa sebarang urusniaga, negara-negara ninja besar akan musnah kerana
tidak mempunyai sumber kewangan. Akhir sekali, selepas Akatsuki diangkat
sebagai kuasa besar ninja, mereka dengan mudah boleh menguasai mana-mana negara
ninja. Ahli tidak akan terus mengetahui perancangan ini sebaik sahaja mereka
menyertai organisasi ini; sebagai contoh ialah Hidan yang hanya mengetahui
perancangan ini setelah beberapa ketika berada di dalam organisasi.
Penangkapan biju iaitu sembilan raksasa syaitan yang memiliki
keupayaan hebat adalah fokus utama organisasi ini. setiap ahli diberikan
tugasan untuk menangkap seekor daripada sembilan ekor yang ada secara
hidup-hidup, atau di dalam banyak insiden, menangkap jinchuriki yang mengurung
biju tersebut.Akatsuki telah berjaya mengurung tujuh daripada sembilan ekor
biju yang ada sebelum deklarasi Perang Dunia Ninja Keempat.
Objektif Madara
Projek Mata Rembulan (月の眼計画, Tsuki no Me Keikaku)
Projek Mata Rembulan (月の眼計画 Tsuki no Me Keikaku) merupakan rancangan terbesar yang diusahakan
oleh Madara Uchiha demi mendominasi dunia, yang mana ianya melibatkan Sasuke
Uchiha untuk berselaras dengan "Patung Puaka dari Jalan Luar" Gedō
Mazō (外道魔像?) yang telah mengurung tujuh daripada sembilan biju yang ada oleh
Akatsuki. Madara menyatakan bahawa, selepas Sasuke gagal dalam usaha untuk
menangkap Killer Bee dan "Lembu Gergasi Berekor Lapan" Hachibi no
Kyogyū (八尾の巨牛), dia menyatakan bahawa dia sudah terlalu lama bersabar dan
menyatakan bahawa sudah sampai masa yang sesuai untuk di keluar daripada
persembunyian dan memulakan perancangannya itu.
Selepas Madara membongkarkan niat dan perancangan kepada empat
daripada lima Kage di Negara Besi yang mana melihatkan para kage telah menolak
kemahuan Madara yang menginginkan dua lagi Jinchūriki terakhir iaitu Naruto Uzumaki
dan Killer Bee. Para Kage juga telah bersatu dan mewujudkan Pakatan Ninja untuk
menghalang perancangan oleh Madara itu daripada berjaya.
Madara merancang untuk mengumpul ke semua sembilan biju untuk
disatukan kepada bentuk asalnya iaitu "Makhluk Syaitan Berekor
Sepuluh" Jūbi (十尾?). Madara kemudian berniat untuk menjadi hos kepada raksasa
tersebut untuk membolehkannya memiliki kuasa yang hebat. Dia turut merancang
untuk mempergunakan bulan (yang menjadi penjara kepada badan asal Jubi) untuk
menyelimuti dunia dengan teknik "Tsukuyomi Abadi" Mugen Tsukuyomi (無限月読?), yang mana
ianya akan membolehkan Madara mengawal semua hidupan untuk mencipta dunia yang
tiada konflik dan dendam.
Sebahagian daripada rancangan ini adalah melibatkan Zetsu yang
diarahkan untuk mengalihkan perhatian para Kage dan mengumpan mereka untuk
bertarung dengan Sasuke. Dengan berbuat sedemikian, Madara berharap para Kage
akan menjadi lemah dan boleh ditangkap sebagai tebusan dan seterusnya
mempercepatkan rancangannya. Namun begitu, semua itu mengalami kegagalan oleh
kerana Madara telah salah mentafsir kebolehan sebenar Sasuke.
Objektif Pain
Pain turut menerangkan peranan biju dalam rancangannya secara
mendalam. Ke semua biju ini akan digunakan untuk mencipta sejenis Kinjutsu
berkuasa yang mampu memusnahkan salah satu negara besar ninja dalam sekelip
mata, agar jika sesebuah negara ninja terlibat dengan peperangan dan mereka
tidak memiliki kuasa ketenteraan, maka mereka akan mengharapkan kepada Akatsuki
dan "senjata" mereka. Mana-mana pihak yang dapat boleh membuatkan
Pain menggunakan teknik tersebut, akan membolehkan mereka memusnahkan pihak
yang lain. Ini akan menakutkan pihak yang disasar agar tidak diserang oleh
pihak yang mengupah Akatsuki dan menimbulkan ketakutan kepada mereka agar tidak
memulakan sesuatu peperangan; atau mereka juga akan turut dimusnahkan. Melalui
"kengerian" yang diwujudkan ini, perang akan terhentidan dunia akan
mengenali erti keamanan, sehinggalah manusia melupakan "kengerian"
tersebut dan menggunakan semula senjata tersebut. Maka, putaran antara keamanan
dan peperangan akan berterusan, mewujudkan masa yang singkat untuk suatu
keamanan di dalam rantai kebencian yang tidak berpenghujung.
Bagaimanapun, perancangan ini hanya diketahui oleh Pain dan Konan
sahaja yang mengetahui perancangan ini. Selepas kematian Pain dan Konan keluar
daripada Akatsuki, matlamat ini telah dibubarkan.
Selepas berlakunya insiden Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha,
Itachi menyertai Akatsuki adalah atas dasar mahu melindungi Konohagakure dan
memerhatikan tindakan mereka, terutamanya Sasuke daripada dunia luar. Ketika
berada di dalam Akatsuki, Itachi sering melengah-lengahkan usahanya untuk
menangkap Kyubi dan membocorkan rahsia tindakan Akatsuki kepada Konoha dan
pernah cuba untuk membunuh Madara melalui Sasuke. Sebelum kematiannya, Itachi
telah menyerahkan sebahagian "kuasa" miliknya kepada Naruto dan
memberitahu Naruto agar terus melindungi Konohagakure dan Sasuke, seandainya
terjadi perkara mengenai Sasuke mahu memusnahkannya. "Kuasa" yang
diberikan oleh Itachi kepada Naruto masih belum diketahui buat masa ini.
Pakaian
Ahli Akatsuki memiliki persamaan dari segi pemakaian mereka, di
mana mereka akan mudah dikenali apabila muncul di sesuatu tempat. Ahli Akatsuki
memakai jubah panjang berwarna hitam dengan bahagian dalamnya berwarna merah,
memiliki corak berbentuk awan berwarna merah di luarnya dan kolar tinggi yang
berparas hingga ke dagu (pada satu ketika, Madara dilihat memakai jubah yang
memiliki penutup dan tidak mempunyai lengan baju. Ke semua ahli mengenakan
pewarna kuku yang berlainan warna pada kuku di tangan dan kaki. Mereka turut
membawa topi jerami yang mempunyai bebola kecil dan kain putih tergantung di
sekeliling topi tersebut sebagai pelindung muka dan angin. Topi itu juga boleh
digunakan sebagai pelindung untuk bergerak di kawasan terbuka dan ketika dalam
keadaan cuaca yang memerlukannya . Sesetengah ahli Akatsuki suka memakai dirah
dahi yang telah ditanda dengan garis melintang di tengah-tengah simbol kampung
mereka untuk menunjukkan mereka sudah tidak mempunyai kaitan dengan kampung
mereka, manakala sesetengah daripada mereka tidak memakainya demi sesuatu sebab.
Setiap ahli juga memakai sebentuk cincin yang memiliki tulisan kanji pada
kedudukan berbeza bagi setiap ahli yang memilikinya.
Cincin Akatsuki dan kedudukan
Fail:Kedudukan Cincin Akatsuki
Kedudukan cincin anggota dalam organisasi Akatsuki
Pemakaian cincin adalah sangat diutamakan oleh setiap ahli
Akatsuki. Keseluruhannya, sepuluh cincin telah diberikan kepada setiap seorang
ahli Akatsuki. Kepentingan cincin tersebut dilihat sebagai satu tanda keahlian
dan dari kedudukan cincinnya. Kepentingan ini dapat dilihat setelah pemergian
Orochimaru, di mana dia telah membawa bersama cincin yang dipakainya dan ianya
tidak pernah digantikan. Tujuan sebenar pemakaian cincin tersebut masih tidak
diketahui.
Berikut adalah senarai cincin-cincin berkenaan:
Ibu jari kanan: 零 (rei, "kosong"); dipakai oleh Pain,
Jari telunjuk kanan: 青 (Aoi, shō, "biru", "hijau"); dipakai oleh
Deidara.
Jari hantu kanan: 白 (bya, "putih"); dipakai oleh Konan.
Jari manis kanan: 朱 (shu, "oren kemerah-merahan", "merah hati");
dipakai oleh Itachi Uchiha.
Jari kelingking kanan: 亥 (gai, "simbol khinzir"); dipakai oleh Zetsu.
Jari kelingking kiri: 空 (kū, "langit", "ketiadaan"); dipakai oleh
Orochimaru.
Jari manis kiri: 南 (nan, "selatan"); dipakai oleh Kisame Hoshigaki.
Jari hantu kiri: 北 (hoku, "utara"); dipakai oleh Kakuzu.
Jari telunjuk kiri: 三 (san, "tiga"); dipakai oleh Hidan.
Ibu jari kiri: 玉 (gyoku, "permata", "bola", buah
"raja" dalam permainan shogi); dipakai oleh Sasori dan kemudiannya
dipakai oleh Tobi.
Lapan daripada sepuluh tulisan kanji yang terdapat pada cincin
tersebut diambil daripada "Kuji-in" (九字印 Sembilan Kombinasi pendeta Tangan):
koleksi sembilan pendeta tangan yang digunakan dalam meditasi Buddha. Kuji-in
ini dianggap sebagai sejenis "sihir" dalam dunia ninja. Cincin
berukir "rei" milik Pain dan "gai" milik Zetsu tidak
terkandung di dalam senarai Kuji-in ini. Bagaimana pun, hanya 玄 (gen,
"misteri") daripada senarai Kuji-in yang tidak digunakan memiliki
persamaan yang kuat dengan "gai" milik Zetsu yang mana ia mungkin
merupakan suatu bentuk kesilapan teknikal. Bagaimana pun, oleh kerana perkataan
kanji "gai" ini telah digunakan banyak kali pada kemunculan cincin
tersebut, sama ada di dalam manga atau buku data Naruto berkemungkinan
menjadikannya "kesilapan" yang kekal.
Di dalam Bahagian II, Pasukan Taka telah menjadi sekutu kepada
Akatsuki. Mereka memakai seragam Akatsuki yang memiliki penutup kepala. Namun,
mereka tidak memakai atau memiliki dirah dahi, kuku yang diwarnakan atau pun
cincin; menunjukkan bahawa mereka tidak dianggap sebagai anggota rasmi
Akatsuki. Hubungan dalaman di antara Akatsuki dan Taka dilihat agak goyah. Ini terbukti
apabila Sasuke menyatakan bahawa dia hanya mempergunakan Akatsuki untuk
kepentingannya. Sebagai ganti, Madara telah mengancam untuk membunuh mereka
sekiranya mereka cuba untuk membelot. Bersambung.....