Penulis rasa Uchiha Sasuke akan menjadi Hokage yang hebat meskipun fakta di masa lampau dia adalah seorang yang banyak melakukan kejahatan. Tapi disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa Sasuke merupakan salah satu Shinobi yang kuat dan juga cerdas.
Sebenarnya, Sasuke lebih hampir sama dengan Shimura Danzo yang melindungi Konoha dari dalam bayangan. Tapi dia tidak mempunyai populariti seperti yang dimiliki Naruto. Jadi jika dia menjadi Hokage, kemungkinan akan sama macam Danzo. Tidak ada yang tahu siapa dia sebenarnya dan apa yang sudah ia lakukan
Tapi, menjadi kuat dan cerdas tidaklah cukup. Perlunya kepada hubungan baik dengan penduduk kampung. Menjadi hokage, bukan perlu semua orang akan mengakuinya. Tapi jika semua orang mengakuinya, itulah hokage sebenarnya.
Sama seperti Danzo, mungkin ia memiliki kekuatan dan kecekapan. Tapi harus diakui bahawa Naruto jauh lebih baik dibanding dirinya. Kerana Naruto adalah “Pahlawan Konoha”.
Naruto menjadi Hokage tidak hanya kerana kekuatannya tapi juga hubungannya.
Sementara Sasuke dianggap sebagai Hokage kedua oleh Naruto. Kerana Sasuke melindungi kampung dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh Naruto. Naruto tidak mungkin menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencari ancaman-ancaman yang akan menimpa kampung.
Tapi Sasuke mampu dengan cara itu. Naruto menganggap Sasuke sebagai pelindung kampung tersembunyi. Dan baginya Sasuke juga memiliki peranan yang sama sepertinya. Sama seperti Danzo dan Sandaime. Bezanya Sasuke dan Naruto satu jalan sementara Danzo dan Hokage ke-3 memiliki visi yang berbeza dan kepentingan masing-masing.