Ketika ini Boruto adalah tokoh utama dalam Boruto: Naruto Next Generation. Penulis sangat yakin korang semua pasti ingin Boruto mencapai tujuan yang pasti.
Tapi, jika korang mengikuti sepanjang siri ini, hingga saat ini Boruto masih belum memiliki tujuan yang jelas. Penulis yakin korang juga setuju tentang itu. Berbeza dengan Naruto yang sejak kecil kita sudah tahu tujuannya adalah menjadi Hokage.
Namun, seperti yang kita ketahui bahawa Boruto tidak tertarik menjadi Hokage. Baginya, Hokage adalah orang yang tidak memiliki masa untuk keluarganya sendiri. Sementara bagi Naruto, Hokage adalah orang yang menganggap seluruh kampung adalah keluarganya.
Ada perbezaan pendapat yang sangat jelas antara dua orang ayah dan anak ini. Bagaimanapun, begitulah hidup. Semua orang berhak pendapatnya sendiri. Sama seperti Uchiha Sasuke yang memiliki versi tersendiri mengenai Hokage yang sebenar.
Jadi, apa sebenarnya tujuan Boruto? Baik, jawapan sederhananya adalah dia tidak memiliki tujuan. Dia hanya ingin melindungi kampung dari segala macam ancaman bahaya. Dan ini sama dengan Sasuke. Kesimpulannya, Boruto ingin menjadi seperti Sasuke.
Kita sudah tahu bahawa yang ingin menjadi Hokage sebenarnya adalah Uchiha Sarada. Yang mana kemungkinan Boruto akan berperanan seperti Sasuke, sementara Sarada akan mengambil alih jawatan Naruto pada masa depan.
Menjadi seperti Sasuke adalah seperti ikutan bagi Boruto. Lagipun, Kishimoto sedang mencuba membuat Sasuke menjadi tokoh utama melalui Boruto. Dan ini pasti akan lebih menarik.
Bagaimana pula dengan pendapat korang?