Jutsu Kagebunshin adalah jutsu yang diciptakan oleh Hokage ke-2. Sebenarnya Kagebunshin adalah jutsu yang mampu digunakan sebahagian besar Shinobi. Tapi, satu perkara yang mungkin tidak kita perhatikan adalah alasan kenapa hanya Naruto yang tetap menggunakan jutsu tersebut di sepanjang siri ini.
Sebahagian besar orang mengatakan kenapa hanya Naruto yang tetap menggunakan jutsu itu kerana faktanya dia hidup sendiri. Kedua orang tuanya meninggalkannya ketika dia masih lagi bayi.
Bila mana dia mula masuk akademi ninja, dia belajar jutsu tersebut. Dia menggunakan kagebunshin untuk menemaninya ketika tidak ada seorang pun yang ingin berkawan dengannya. Bahkan Sasuke menganggap jutsu itu melambangkan kelemahan dan kesendirian.
Padahal jutsu ini sebenarnya merupakan jutsu yang cukup hebat. Tapi kenapa shinobi lain tidak menggunakannya sebagai jutsu utama?
Sebenarnya shinobi lain juga boleh dengan mudah menggunakan jutsu ini. Dan semua Jinchuriki juga boleh menggunakannya kera yang diperlukan chakra yang besar.
Jutsu ini mengguna sangat banyak chakra. Chakra pengguna akan terbahagi kepada bayangannya masing-masing . Tapi hal itu bukan masalah bagi Naruto yang memiliki chakra dengan jumlah besar ditambah lagi dia adalah seorang jinchuriki.
Dan Naruto memahami kelebihannya itu. Setiap kali dia bertarung, pasti dia menggunakan jutsu kagebunshin.
Rasengan dan Sage mode juga menggunakan kelebihan bunshin. Dapat difahami, Naruto memanfaatkan bunshinnya untuk menggunakan jutsu lain.
Apa akan terjadi jika Naruto tidak memiliki jutsu kagebunshin, apakah dia akan tetap menjadi ninja yang kuat? Jika tidak ada Kagebunshin, mungkin Naruto tidak mampu menguasai rasengan yang menjadi jutsu serangan utamanya. Dan tanpa rasengan mungkin Naruto juga tidak akan berjaya ketika ingin mengambil chakra Kurama.
Jadi adakah Naruto benar-benar ninja yang kuat? Atau jutsunya yang membuat dia menjadi kuat?
Macam mana korang rasa?