Menurut penulis, Tobirama Senju adalah hokage terbaik. Dia merupakan hokage yang tegas dan realistik. Dia memiliki keperibadian dan penampilan yang tidak dimiliki Hokage lain.
Menjadi Hokage tidak hanya tentang kekuatan saja. Disamping itu, dia telah mencipta banyak jutsu yang akhirnya menjadi jutsu rujukan hokage lain contohnya kagebunshin yang digunakan Naruto dan Hiraishin yang digunakan Minato. Tidak hanya itu, bahkan jutsu edo tensei yang menjadi kekuatan besar musuh pada perang dunia ninja ke-4 juga dia yang mengembangkannya.
Selain jutsu yang dikembangkan, ia juga menciptakan sistem pemerintahan yang sangat baik. Dan hokage kedua jugalah yang membentuk pasukan risikan Konoha yang dikenal sebagai ANBU untuk meningkatkan kestabilan dunia ninja.
Selain itu, dia juga melayan puak Uchiha dengan tepat. Bersama Tobirama, puak Uchiha memiliki peranan sebagai polisi Konoha yang mana mereka mendapat kekuasaan yang terbatas dan tetap dibawah komando Konoha.
Tapi banyak orang beranggapan bahawa disebabkan teknik Tobirama yang menyebabkan masalah dalam kisah Naruto.
Baik mari kita sama-sama berfikir. Dalam perang dunia ninja ke-4, memang teknik Tobirama menjadi kekuatan rujukan musuh. Tapi apakah itu kesalahan Tobirama? Jawapannya tidak. Kerana itu tanggung jawab Madara dan Kabuto sendiri.
Ada juga yang mengatakan bahawa Tobirama itu bersifat perkauman terhadap puak Uchiha.
Sebenarnya dia bukan bersifat perkauman. Dia hanya menjaga kestabilan Konoha. Dia tahu bahwa Uchiha memiliki ketidakstabilan dari segi kemarahan dan semangat. Dan dia juga merupakan salah seorang yang pernah hidup di zaman Madara. Hokage ke-2.
Tindakan yang dia lakukan sudah jelas memberikan puak Uchiha tempat yang selesa dalam Konoha. Hal itu dilakukan agar Uchiha dihormati sebagai penegak hukum Konoha sekaligus menjauhkan mereka dari politik kampung.
Itu saja pendapat dari admin. Korang rasa macam mana? Sila tinggallkan komen anda :-)