Uchiha Shin merupakan musuh utama dalam manga Naruto Gaiden. Dia adalah Uchiha misterius yang membangkitkan kembali kelompok Akatsuki.
1. Uchiha Shin bukanlah keturunan Uchiha
Uchiha Shin merupakan hasil eksperimen Orochimaru yang tidak ada kaitannya sama sekali dengan keturunan uchiha.
Menurut cerita Orochimaru, Shin merupakan penggemar Uchiha Itachi. Sehingga dia menganggap dirinya sendiri sebagai seorang Uchiha dan menyandang nama Uchiha Shin.
2. Tangan kanan Danzo merupakan potongan tangan Shin
Menurut cerita Orochimaru, Shin memiliki struktur tubuh yang unik. Tubuhnya mampu beradaptasi dengan bola mata Sharingan yang ditanamkan di tubuhnya.
Oleh kerana Orochimaru melakukan percubaan untuk mengklonkan tubuh Shin sebanyak-banyaknya.
Orochimaru kemudian mengambil lengan kanan Shin yang sudah dipindahkan dengan banyak mata Sharingan dan memasangkannya sebagai pengganti tangan kanannya Danzo.
Penjelasan Orochimaru tersebut juga telah menguat misteri bagaimana Danzo boleh memiliki banyak mata Sharingan di tangan kanannya.
3. Uchiha Shin tidak mempunyai gigi
Seluruh gigi Shin yang “asal” telah dicabut untuk membuat Uchiha Shin yang lain.
Beberapa waktu setelah Orochimaru memotong tangannya dan mentransplantasikannya kepada Danzo, Shin telah melarikan diri dari makmalnya dengan membawa Shin – Shin yang lainnya.
4. Semua klon-klonnya dianggap sebagai spare-part cadangan
Shin menganggap semua “anaknya” sebagai spare-part cadangan yang mana organ tubuhnya siap diambil bila mana jika keadaan memerlukannya.
5. Mangekyo Shin berhubung dengan makhluk misteri yang diciptakannya
Shin menciptak makhluk misteri kecil yang memiliki satu mata Sharingan. Sharingan pada makhluk kecil tersebut berkongsi penglihatan dengan Shin.
Selain itu, sharingannya juga memiliki kemampuan teleportasi sama seperti kemampuan Uchiha Shin.
6. Merupakan pemilik mata Sharingan terbanyak
Shin memiliki 6 Sharingan di lengan kirinya, 2 di bahu, 3 di kepala, 2 di dada, dan juga 2 di matanya.
Jika tangan kanannya tidak dipotong oleh Orochimaru untuk dipasangkan ke tubuh Danzo, Shin memiliki lebih banyak lagi Sharingan ditubuhnya.
7. Non Uchiha ketiga yang memiliki Mangekyo Sharingan
Kakashi memiliki satu mangekyo Sharingannya Obito. Danzo memiliki satu mangekyo Sharingannya Shisui. Sementara Shin memiliki Mangekyo Sharingan yang entah dari siapa.
8. Orochimaru masih memiliki satu klon Shin di makmal-nya
Orochimaru menunjukkan salah satu klon tubuh Shin di dalam makmal-nya ketika menceritakan asal usul Shin kepada Sasuke dan Naruto.
9. Membangkitkan Akatsuki untuk mencetuskan perang lagi
Shin menganggap peperangan adalah pemicu terbesar evousi manusia. Jika dunia terus menerus dalam keadaan damai, maka evolusi manusia akan terbantut.
Oleh kerana itu, dia membangkitkan kembali Akatsuki untuk mengakhiri perdamaian dan menciptakan perang lagi.
10. Ingin membunuh Sasuke untuk membalas atas kematian Itachi
Shin yang begitu mengagumi Itachi menganggap Sasuke sebagai orang yang paling bertanggung jawab atas kematian Itachi.
11. Kemampuan khusus Mangekyo milik Shin adalah memanipulasi benda
Setiap benda yang disentuh oleh Shin dapat dia kendalikan dengan menggunakan Mangekyo Sharingannya seperti dia menggerakkan pedang Sasuke untuk menusuk Naruto.