10 Sebab Ahmad Maslan Tak Bodoh
Sejak pelaksanaan GST oleh kerajaan bermula April 2015, ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dan mengecam pelaksanaan cukai itu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri menambahkan lagi marah rakyat Malaysia yang tertekan dengan kos sara hidup.
Terbaru, ramai pengguna di laman sosial yang menghentam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Tindakan menghentam menteri itu adalah disebabkan banyak kenyataan “bodoh” yang dikeluarkan Ahmad Maslan.
Tahukah anda Ahmad Maslan sebenarnya tidak bodoh?
Ini adalah 10 sebab kenapa Ahmad Maslan tidak bodoh:

1. Ahmad Maslan merupakan graduan Victoria University Wellington New Zealand. Turut membuat Master Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar terbaik daripada 177 orang. Beliau juga seorang yang berpointer tinggi iaitu 3.85.

2. Selain itu juga, Ahmad Maslan seorang yang pandai memasak, ramai yang tak tahu, ketika beliau belajar di New Zealand, beliau memasak sendiri kerana di New Zealand, mereka dikenakan GST 10%. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia 6%, apalah sangat bagi Ahmad Maslan, maklumlah, Ahmad Maslan sekarang dah jadi menteri, lagipun gaji menteri kini telah dinaikkan. Ahmad Maslan bukanlah lagi pelajar luar negara, dia tidak lagi perlu berjimat.
3. Ramai mengatakan kejendulan Ahmad Maslan seperti Beruk Charles Darwin, namun tidak kah rakyat jelata tahu bahawa, kejendulan dan ketiadaan rambut Ahmad Maslan adalah kerana memikirkan teknik reverse engineering yang dicadangkan sahabatnya demi memartabatkan GST. Oleh itu, Ahmad Maslan bukan biasa-biasa.